Jalan-jalan di Jonker walk singgah pula di taman ini
Nampak tak apa yang ada di tengah-tengah taman warisan ini? Moh, saya close up kan.
Wah, tugu manusia (separuh badan aje)'show off' body' lah. berketak-ketak, berketul-ketul, ......kalau yang betul, oooi, saya geli!! Tugu siapa ni, ah?
Bacalah sendiri ye, Tengoklah anugerah dan gelaran yang YB terima, dari dalam negeri hingga world you! Masa mudalah, sekarang dah pencen tetapi semangat untuk sukan bina badan masih kuat.
Di taman ini ada beberapa replika haiwan seperti gajah, kerbau, naga...semuanya yang melambangkan gagah perkasa.
Kami pun action lah . Tapi saya sangat suka bunga yang berwarna ceria ini. Nantilah saya nak tanam di pergola laman BC.
Jadi,taman ini satu tempat persinggahan untuk melepaskan penat
Lagi tempat rihat, nak cendol ke, nak makan rojak mamak, minum teh tarik ke......tapi bukan di Jonker Walk Pondok-pondok ini terdapat di dataran depan bangunan Pos Opis lama dekat dengan jam besau di Jalan Laksamana. Pagi lagi, kiosk belum operasi, orang tak ada kecuali penggemar bangun pagi. Hi, hi.
Lihat tu...pekerja sedang mencuci lantai dataran...kasi bersih...jangan malukan Melaka!
Cantikkan barisan rumah-rumah kedai di tebing Sungai Melaka
Cuti pnjg akan dtg ni kita nak balik mlka. Nak pg mana ek... Mesti makan ikan bakau..hehe
ReplyDeleteSalam cikgu
ReplyDeleteBersemangat nak jenguk2 Melaka, selalu tu lalu je..nak balik kg!
InsyaAllah Ahad ni akan ke Bandar hilir...
Air sg tu jernihnya!, rumah2 bleh terbayang di situ.
Lepas tu pondok2 tu nampaknya lebih cantik dr yg ada di pasar senilah...
Sah, memang melaka cantik. Saya suka tgk rumah melaka, sekitar rumah sentiasa bersih!
amboi aunty.. posing sakan dgn naga dna kerbau :-)
ReplyDeletesuka tgk tempat bersejarah dijaga dgn baik. malacca in my heart!
Salam, Hjh. Sementara belum berkesempatan menyelusuri sendiri tebing Sg Melaka tu, lihat gambarnya pun jadilah. Paling kurang, lihat bayang-bayang deretan rumahnya pun sudah boleh hilangkan kerinduan berkunjung.
ReplyDeleteIbundo,
ReplyDeleteIkan bakau banyak belah-belah Serkam, Alai, Umbai, Muara Sg Duyung, mana-mana sekarang terdapat gerai ikan bakar dengan nasi lemak bungkus. Yang mana hajah selalu pergi?
Ju,
ReplyDeleteTerima kasih Ju kerana pujian. Tetapi ada juga yang berikan kerjasama membuang sampah merata-rata. Tunggu orang majlis jalankan tugas. Tetapi memang betul laman rumah melaka memang bersih.
Hi Dieya,
ReplyDeleteIt's good to know you still love Melaka!
Salam Temuk,
ReplyDeleteCuma kadang-kadang air sungai dicemari dengan sampah. Yang bertanggungjawab tak menjalankan tugas.Adakala airnya berbau. Imagine semua kotoran dan bahan buangan rumah-rumah kedai dan hotel disalirkan ke sungai melaka.But overall, the view is beautiful.