Intai-intai Casa del Rio

Jom kita tengok-tengok apa yang ada di hotel ini...oops bukan masuk bangunan tetapi sekitarnya. Jom...kita ke sebuah hotel butik yang terkenal di Melaka, Casa del Rio. Kalau anda nak tau lebih tentang hotel  6* ini, En Google sentiasa akan tolong anda.

Gerbang masuk




Yang bestnya, Casa del Rio terletak di tebing Sungai Melaka hampir dengan kuala sungai. Dan juga dekat dengan Jonker Walk yang famous tu.

Sebenarnya memang cantik kedudukan Casa del Rio. Terbuka kepada orang ramai untuk meninjau-ninjau persekitarannya. (Tak nampak pengawal, keselamatan terjaga kot!) Ada laluan jalan kaki kalau kita nak strolling atau buat brisk walk waktu pagi.


Ada peluang ke nak bermalam di sini? Macam 'the rich and famous'....

8 comments:

  1. Salam Kak Hajjah NORA, saya dah lama tak pegi Melaka. Lalu lalang jer. Nak melawat tempat bersejarah tu pun tak penah ada kesempatan lagi...

    Rasa teringin sangat..

    ReplyDelete
  2. Salam tahun baru kak. Ingat satu hari nanti nak ronda jugalah kat sini. Cantik!

    ReplyDelete
  3. Memang cantik Ca$a del Rio tu. Loka$inya juga $trategik. Dah pencen-pencen ni, nampaknya tak ter$aralah diri untuk beradu di kamarnya. Tapi, satu hari kena tengok juga hotel butik ****** ni!

    ReplyDelete
  4. Salam Azie,
    Singgahlah di Melaka, jangan lalu lalang jer.Banyak tempat menarik di sini.

    ReplyDelete
  5. Salam Cg Aida,
    Buat mesyuarat di Casa del Rio.

    ReplyDelete
  6. Salam temuk,
    Di bandar melaka kalau musim cuti, hotel sedia ada, tak mencukupi. Habis tanah-tanah kosong, taulah kepunyaan siapa, dibuat hotel. Oh homestay pun banyak.Cubalah Temuk bermalam di Casa ini.

    ReplyDelete
  7. Alahai Alang..suruh le KM tu buat LRT ke mula dari Air Keroh tu...tak payah la bersesak sesak berpanas dalam kereta...

    ReplyDelete
  8. Ezza,
    Alang risau kalau ada LRT ke melaka. lagi sesak nafas dibuatnya. Tau-taulah bandar yang sempit ni. Datang ajelah, reda kesesakan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.