Di satu pagi

Sempena menyambut Tahun Baru Cina tahun in, replika seekor naga melingkau telah digantungkan di jalan masuk Jonker Walk di bandar Melaka. Dengar cerita, trafik jam waktu nak naikkan naga ini di awang-awangan.
Hebatkan?
Bagaimana ye mereka gantung naga ini?
Berapa lama naga ini akan tergantung? Sepanjang tahun naga ini ke?
Di melaka bukan saje ada ulau melingkau tepi pagau,
So, kalau you all nak lihat kehebatan orang melaka, datanglah tengok naga melingkau di Jonker Walk!!
You all nak tau lebih lagi mengenai naga CNY ni bolehlah ke sini
Berhampiran, ye, sangat dekat, dengan naga ini.ada ......
Sebab ramai pelancong luar singgah di Melaka, maka sudah tentu cafe yang terkenal antero dunia terdapat di sini.. Oh, warnanya pun merah sama dengan
 tangga batu rumah Melaka, sama dengan

bangunan stadhyus, jam besau, memang ceria bandar melaka ini, bukan? Orang kata 'makan gambau'
Mengapa tak de kerete ? Sunyi sepi?
Tak, kami waktu itu morning brisk walk sepanjang Sungai Melaka, matahari baru nak jengokkan diri
dan bayang-bayang awan bermain di muka sungai

Itu sebabnya jalan masih sepi
Inilah dia jalan Tun Cheng Loke, dulu namanya Heeren Street. Sunyi juga.
Di sinilah saya dilahirkan , disalah sebuah klinik swasta,Ong Maternity.
 Itulah kisah di satu pagi, sambil jalan-jalan riada diri.






8 comments:

  1. mak oi besau nya naga melengkau..
    cuti ni kitorang balik pilah tak balik melaka. so tak dapatlah nak nengok naga besau nih..

    ReplyDelete
  2. hard rock cafe! kena pegi nih!

    ReplyDelete
  3. Seronok jgk ke sini tgk cerita Melaka.
    tERIngin juga ke sana tapi klu hari perayaan, Melaka penuh. Adik saya nak ke sana sini tak dpt parkir last ke jusco melaka je. Kesian,,
    Nabil belajar di Lendu cigku duk kat mana ya?

    ReplyDelete
  4. Hi dieya,
    Ya, Come, come. But Aunty not sure whether that 'shop' is the permanent place.

    ReplyDelete
  5. Ju,
    Memang bandar Melaka penuh dan susah cari parkir waktu cuti atau hujung minggu. Kami orang Melaka tak keluar waktu itu. Saya duk di Bukit Cina, tak berapa jauh dari bandar.Depan rumah ada jerat China. Datanglah ye, boleh Ju cerita pula mengenai bandar warisan dunia ni.

    ReplyDelete
  6. Kalau tengok gambar macam tak busy tapi setiap kali kakak lalu situ belum pernah tak jem... apa lagi masa pasang naga panjang melingkau itu ye....

    ReplyDelete
  7. Salam Kakzakie,
    Masih pagi lagi. Tu sebabnya jalan tak busy.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.