Chips n Koi

Chips
 Saya jumpa apa yang dikatakan 'Arrowhead' di JJ Peringgit pagi tadi.
Teringat saya Cg SAK ada entri mengenai "Arrowhead Chips". Rupanya nama dia dalam bahasa Mandarin   'China Ngarku'
Ini rupanya, ngarku,bentuk ubi-ubi kecil
 Kata adik yang menjual  'Sedap makcik, digoreng macam kerepek ubi'

Balik rumah, saya ikutlah cara membuat 'Arrowhead Chips' seperti yang diajar oleh Cg SAK. Memang sedaplah. Saya tak tambah garam. Rasanya, asli manis. "Ngarku' hanya ada setahun sekali, itu pun pada musim tahun baru China. Hari raya kita, tak ada pula dia!
Terima kasih Cg SAK atas kerepek perasa baru.

Koi
Ada seekor koi dalam kolam laman BC. Ada kala saya lihat dia 'keseorangan' (boleh ke?). Dia melekatkan diri pada dinding kolam yang berlumut, sambil terkumit-kumit mulut dia. Bila time makan, boleh pula dia berenang ligat bersama koi lain berebut makanan. Kemudian dia kembali ke tembok kolam. Lama saya perhatikan, begitulah keadaannya.

Satu pagi saya lihat dia terbaring di lantai kolam. Ingatkan  dah mati.
Koi yang sakit terlentang, tak tau mengapa

Bila dicuit, dengan segera dia timbul, berenang dengan laju sambil  berpusing-pusing. Badannya tak tegak tetapi senget , Stail kuaklentang! Lepas tu, dia baring semula.
Nampak tak koi yang badan putih tu? itu cara dia berenang
Apa kes koi seekor ni?
Adakah dia kekeyangan? Adakah dia sakit? Adakah air kolam tercemar?Saya teliti  sifatnya masih lengkap!
Bila dia terbaring selalu saya agak dia dah mati, tapi bila disentuh, dia'terjaga'
Masih bernyawa!

PS. Maaf ye, entri saya sebelum ni yang menceritakan pertama kali saya memukul kompang dalam hadrah telah terdelete. Itulah dia, jari lebih cepat dari mata, tak baca betul, tertekan 'delete'

6 comments:

  1. sori lah alang..tak tau la pulak apa penyakit si Koi ni..sakit sebab terlalu kenyang kot ..baik alang pi kedai jual ikan perhiasan dan tanya apa sebab musabab nya...kesian pulak dia ..

    ReplyDelete
  2. Ezza,
    Kesian Alang tengok dia, ini dikatakan nyawa-nyawa ikan ke? Agaknya dia terlebih makan, nampak perut tegang je! Apa khabar cucu?

    ReplyDelete
  3. cucu dah keluar wad khamis lepas tapi di kejar kan semula ke hospital semula pada jumaat malam sebab kuning..tapi ahad lepas dah balik kerumah nenek sana la...

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora...
    saya kalau pasal makan ni, memang berantu...
    saya pernah baca ttg ini tp tak berani pulak nak cuba...
    cikgu dah cuba, berani juga saya nak cuba...
    nampak macam sengkuang cina pun ada cumanya sengkuang cina tu agak hitam kulitnya....

    ReplyDelete
  5. Ezza,
    Biasalah sakit kuning pada baby. Si Amal masa baby kena jemur matahari pagi. Sayang cucu nenek, comel1

    ReplyDelete
  6. Salam hjh Rahmah,
    Rasanya macam kerepek ubi.Cubalah hajah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.