Seperti biasa, setiap pagi Ahad, InsyaAllah, saya dan kakak akan 'menjelajah' bandaraya Melaka bersejarah, sebagai aktiviti riadah. Apa lagi kalau bukan morning walk sambil mengimbau kembali sejarah silam. Pagi ini kami jelajah Jonker Walk. Kalau waktu pagi di hujung minggu jalan memang lengang. Pagi ini kami nak cari Kampung Ketek. Salah satu kampung Melayu peninggalan sejarah. (Note: 'Ketek' dalam bahasa Minang bermaksud 'Kecil'). Jadi kampung Melayu ini kecil terpencil di kawasan masyarakat China. tetapi dulu, dulu, dulu, kawasan ini memang kawasan kepunyaan Melayu.
Untuk ke Kampung Ketek, kami lalui Jonker Walk . Walaupun kami lokal, tercari-cari juga kami kampung ini. Selalu lalu, tak singgah.
Di Kampung Ketek ada beberapa rumah Melayu , peninggalan warisan. Ini pintu gerbangnya mengalu-alukan kedatangan anda. Oh, rumah Melaka dengan tangga batunya tak tinggal, okey!!
Jika anda suka menginap di sini, bolehlah bermalam di homestay ini.
Disini juga terdapat rumah Munshi.Abdullah
Sebenarnya di Kampung Ketek terdapat perkuburan sejarah.
Dan juga beberapa lagi kubur pahlawan-pahlawan Melayu Aceh yang menentang tentera Portugis bila Portugis menyerang Melaka zaman dulu.
Kampung Ketek adalah muzium tersendiri. kawasan dan rumah dijaga.Kalau sebelum ini rumah-rumahnya terbiar sekarang sudah diberi nilai tambah, dicantikkan. Inilah dia warisan kita.. Untuk makluman, masih ada penghuni di kampung ini.
Dalam perjalanan ke parkir, sempat saya potret rumah ini, rumah yang juga telah di 'upgrade' kan. Letaknya rumah ini di tepi Sungai Melaka. mengapa rumah ini menjadi kenangan? Masa kanak-kanak, inilah rumah kami! Bukan di Kampung Ketek tapi di "First Cross Street', (nama lama!)
Dekat sekali dengan Naga!
Sampai di sini dulu......
Nanti akan saya cerita lagi
Salam,
ReplyDeleteDah 35 tahun kawin dgn org Melaka tapi tak berpeluang menjelajah kawasan ni..
Salam MM,
ReplyDeleteOh ye ke? Saya pun begitu, walaupun saya orang Melaka, inilah pertama kali saya ke Kampung Ketek. Selalunya begitu kan? Yang jauh jadi tarikan sedangkan yang dekat selalu ditangguh.
salam..dah lama saya tak p melaka ni..last sampai sini tahun 2005.hheehe
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteMemang bestlah cerita dr cikgu.Eloklah cikgu ronda2 Melaka tu penuh sejarah, Saya teringin ke Jongker street. InsyaAllah satu masa nanti kot.
Cikgu sebenarnya duk kat mana ek?
Kalau cikgu tak kisah basikal tu beli saja kat kedai apek basikal mcm2 ada. Tapi yg popular skrg basikal lipat bromton jenama luar, mahallah sikit sesuai dgn cikgu!
Salam Pen Biru,
ReplyDeleteLama dah tuuuuu. Melaka dah banyak berubah. Datanglah!
Ju,
ReplyDeleteSaya dah cuba hantar email kat Ju. Tak sampai agaknya. Saya belum lagi ke Jonker Walk waktu malam di hujung minggu sebab saya tak suka ramai sangat manusia. Basikal lipat nanti jadi rebutan nenek dengan cucu!
wah kak hajah nora... bestnya kongsi info dengan kami...
ReplyDeleteterima kaseh..
nanti balik pernu, nak cari...
naik tak rumah kampung ketek? haha, tak semua orang tahu ada kampung ketek. Kalau bawak kawan2 pg melaka, mesti masuk dalam tu, lepas tu ada makcik bagi naik atas rumah dia.
ReplyDeleteHajah Rahmah,
ReplyDeleteJangan tak pergi tau. Saya pun pertama kali pergi. Tetapi kami pergi awal pagi semasa brisk walk. Burung-burung masih di pokok membuat bising. Kalau nak dapat layanan penduduk Kpg Ketek, pergilah bila burung-burung dah terbang mencari makan.
Kapten Z,
ReplyDeleteTak naik sebab makcik rumah tu belum sedia menerima tetamu. Nampak kasut aje di luar rumah dan dengar bunyi air di cengkewan (bilik air ).
Cikgu,
ReplyDeleteSaya pun tak tau apa jadi pd email saya, hari tu saya jodeh2,
Salam, Hjh. Cantiknya rumah-rumah Kg Ketek tu. Baik-baik menung di tangga, jangan sampai (insya-Allah tidak!) alami "sudah jatuh ditimpa tangga". Tangga orang Melaka ni berat-beratlah, batu besau-besau belaka!
ReplyDeleteSalam Temuk.
ReplyDeleteTangga kekal walaupun rumah runtuh.
Salam Temuk.
ReplyDeleteTangga kekal walaupun rumah runtuh.
Baru pergi minggu lepas. Best pusing2 Nelaka. Tak pernah jemu. Byk lagi nk jelajah.
ReplyDelete