Terima kasih MPK


Januari 2011. Pernah saya kisahkan cerita ini. Saya pun membuat aduan e-mail kepada MPK Kuantan  Pokok condong berat sebelah. Pihak MPK kata aduan saya dalam perhatian dan akan ambil tindakan. Lama juga kami (maksudnya saya dan jiran-jiran sebelah) tunggu.....hingga hampir putus harapan. Jiran -jiran tetap menyapu daun kering, bersihkan jalan rumah, bersihkan laman.

Mei 2011

MPK  tidak berdiam diri rupanya.

Pagi tadi saya menerima sms daripada jiran sebelah rumah, daripada Che Nah yang baik budi tu. "Aslkum pokok besar di depan sudah ditebang, lapang dan bersih"

Saya di Melaka sekarang. Nanti bila balik Kuantan dapatlah lihat suasana terang di depan rumah.Tak payah lagi jiran-jiran sapu-sapu daun kering. Tak khuatir pokok akan rebah.
Atau tak suka, sebab tempat teduh kereta dah tak ada!

Terima kasih banyak-banyak MPK, Majlis Perbandaran Kuantan.
Inilah amalan  "Rakyat didahulukan"

Sejambak bunga untuk MPK, Kuantan, Pahang Darul Makmur

4 comments:

  1. pokok besar ni memang menyusahkan kalau asek nak kena sapu daun2 yang gugur. kalau tumbang lagilah susah. Nasib baik dah diambil tindakan.

    ReplyDelete
  2. Hajah,
    Itulah kami, lebih-lebih lagi saya, bersyukur amat sangat pihak berkenaan mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  3. As-Salam Hjh Nora

    Ayunya pergola di rumah BC....

    Syukurlah MPK sudah bertindak, walaupun lama juga baru bertindak. Saya rasa MP-MP ni, macam di kawasan saya, cekap dalam mengutip cukai, tapi tak berapa cekap membersih dan mencantikkan kawasan. Kabarnya kekurangan pekerja dan RM.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Wah, Temuk dah selamat pulang ke BBB ke?
    Okey okey saje pergola nya, dapatlah gantung pasu-pasu petunia.
    Mengenai MP-MP tu mungkin jugalah tak cukup pekerja, sedangkan taman perumahan bertambah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.