Lunch special

Jom nak cerita pasal makan.
Tengahari tadi kami ke Air Kroh. Ada sahabat nak belanja lunch, special katanya. Mereka yang tinggal di kawasan ini tentu perasan kedai makan ini. Tentu mereka yang adventure dalam makan-makan ini, pernah singgah di sini. Pernah kami singgah di sini minggu lalu (Jumaat) tapi belum dibuka sebab belum jam 12.00 tengahari. Rupanya dia mula operasi jam 12 th.

Kedainya tak lah besar sangat, okey-okey aje.

Ada macam pilihan menu dari seberang (Sunda ke?). Ada pecal, soto, pecal lele (ikan keli betul kah?)
Kami bertiga terus order set ayam penyet.  Saya tak makan pagi tu. Sarapan pagi ringan-ringan saje sebab nak menikmati lunch special


Habis saya satu pinggan, ooops bukan pinggan, tapi satu 'nyiru kecil'. Nasi dihidangkan dalam nyiru kecil bulat, beralas daun pisang. Jimat, tak payah  cuci pinggan. Ayamnya lembut, ada gorengan tahu dan tempe serta ulam timun dan sehiris kobis. Cicah pula dengan sambal belacan. Ada juga iringan sup ayam. Saya dah cuba ayam penyet di tempat lain, tapi ini yang best. Sambil itu ada pula lagu latar suasana 'seberang' gitu.
Sebagai iringan, mesti ada menu ini, pecal. Tapi pecalnya ada nasi himpit (ketupat).



 Untuk minuman pun ada pelbagai pilihan. Kami pilih air asam boi. Terasa masam manisnya!!


Bagi mereka yang ingin rasa masakan di sini, jangan datang pada hari Selasa. Dia tutup. Kata adik yang membantu, Ayam Penyet tutup hari Selasa selang seli(alternate) dalam sebulan.

Terima kasih kepada Kak Asmah bawa kami makan ayam penyet. Tahu kenapa Kak Asmah belanja........birthday girl lah..siapa lagi , saya lah....HAPPY BIRTHDAY TO ME........

Terima kasih kak! Alhamdulillah....


17 comments:

  1. assalam kak hajjah..happy birthday..
    apa nama kedainya kak..nak cuba jugak la..bila dengar ada pecal tu..

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Hari Lahir..

    ReplyDelete
  3. Salam Acuk Erna,
    Ya, terima kasih atas ucapan. Namanya seperti tertera pada poster, Ayam Penyet Lamongan. Kedainya antara kedai sederet di Kota Tekstil di Hang Tuah Jaya, Air Keroh.

    ReplyDelete
  4. Hehe nmpak menarik..x pernah try lg makn ni..thanks for sharing~ all the best!

    ReplyDelete
  5. happy birthday aunty nora!
    may Allah bless you always and forever!
    senyap2 je ye sambut birthday.. more celebration pics pls!

    ReplyDelete
  6. Aesh came,
    It's good to try. Satu kelainan dengan nasi ayam.
    Have a nice day.

    ReplyDelete
  7. dieya,
    Thanks my dear. Dah era golden girls ni, senyap-senyap aje lah...

    ReplyDelete
  8. Happy birthlah kak Nora.

    Best nampak menu yang dihidang tu. Tapi nak ke sana jauh sangat.

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum Hjh Nora
    Dah terlewat, tapi tetap nak ucap, Happy birthday! Semoga sihat & gembira selalu. Dah nikmati ayam penyet tu sempat tak 'research', ayam yg dipenyet tu sebenarnya diapakan? Nampak ke kesan penyetannya? Lagu seberang yg mengiringi para pemakan tu agaknya lagu 'ayam den lapeh'....

    ReplyDelete
  10. Kunang-kunang,
    Terima kasih, dik. Selalu nasi ayam, sesekali nasi ayam penyet.

    ReplyDelete
  11. Temuk,
    terima kasih atas ucapan. Sudah tentu di 'penyet-penyet'kan. Lagu iringan/latar, lagu lenggok jawa!

    ReplyDelete
  12. ayam penyet dekat2 myden tu ye kak...?

    the best ayam penyet ever la kak.



    .

    ReplyDelete
  13. tM,
    Betul,dekat Mydin, antara kedai sederet, akak tak tau nama jalannya. Pada akak sedap daripada nasi ayam dan lebih sedap daripada yang ada kat Tesco. Ada orang tak suka.

    ReplyDelete
  14. happy birthday kak hajah nora, walaupun terlambat wish ni..
    ayam penyet tu memang sodap kan...

    ReplyDelete
  15. Trima kasih, Hajah, memang sedap menu ayam penyet di ayam penyet lambongan

    ReplyDelete
  16. hi...ari tu lepas nengok anak kat jasin pastu gi kat MITC pusing2 shopping. Tetiba nampak restoren ni...leh tahan gak sedap nye.
    Saya baru je upload pics ari ni kat blog masa makan kat sini so senang2 singgah la yer.
    Blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan dan makan 100% takde topik lain.
    Kalu sudi tu follow la yer blog saya TQ TQ TQ

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.