Pudding Sagu Mata Ikan

Lebihan air gula melaka yang disira untuk kuih kasui tempoh hati masih banyak. Susu cair ada dalam stok. Nampak sagu mata ikan dalam botol. Ah...boleh buat pudding sagu mata ikan. Buka almari pinggan mangkuk. Nampak ada beberapa mangkuk aiskrim berkaki. Cantik! Resepi paling senang yang saya belajar  sewaktu Tingkatan Satu,berapa tahun dulu ah????

Disejukkan

'Amal, look ...Nek Lang buat pudding sagu mata ikan!'
"What? Looks like telur ikan!. Only granny eat ah?' Budak ini memang choosy dalam bab makan.
(Lah, si Amal ni, ingat ni makan orang tua yang tak ada gigi ke?)

'Iman nak try'
So Iman cuba......letak air gula, letak susu cair. Dia rasa. First time dia rasa pudding ini.
'Eeee sedaplah Amal'

Sampai tertumpah..selekeh betul!

Tapi Amal tak suka. Dia nampak makanan tu pelek. Dia tak mau cuba.
'Pudding ini Nek Lang belajar masa Form One dulu. .Iman pun boleh buat nanti'

Rebus 4 cawan air hingga mendidih.
Basuh secawan sagu mata ikan. Masuk ke dalam air yang mendidih tadi. Tabur garam sikit.
Kacau hingga sagu jadi jernih.
Bila sudah puas hati, keluar kan sagu, masuk dalam tapisan. Cuci bawah air paip yang mengalir (running water) untuk menghilangkan kanji.
Kemudian, senduk sagu ke dalam mangkuk aiskrim. Dapatlah 7 cawan. Sejukkan dalam fridge.
Bila nak makan, bubuh air gula Melaka. Banyaknya ikut suka rasa. Tambah pula dengan susu cair. Guna santan pun boleh.

'Itu aje??' tanya Iman.
'Ah ah, budak tak pandai sekolah pun boleh buat pudding ini'

Hmmmm..sedap dimakan dalam cuaca panas ni.

10 comments:

  1. Nampak cam telo ikan takpe lagi Nek Lang,
    Kalao nampak cam frog eggs...lagi geli dibuatnye..

    ReplyDelete
  2. Ye tak ye pula, tak teringat the other 'look alike' sagu mata.

    ReplyDelete
  3. Kalau bubuh colouring merah ker, hijau ker boleh tak??

    ReplyDelete
  4. Mudah buat, mudah makan, semudah ABC, dieya.

    ReplyDelete
  5. MM,
    Sudah tentu boleh, lebih berseri. Tapi putih lebih cantik bila campur dengan warna air gula melaka dan susu/santan.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Nora,

    Sedapnya kuih mata ikan tu. Feveret jugak tu, tapi saya selalu makan dengan santan pekat.

    Saya masa tingkatan satu dalam kelas sains rumahtanggah kuih sagu yang pertama belajar "kuih abok2". Sekarang kalau nampak orang jual, saya beli. Nostalgia.

    ReplyDelete
  7. Kunang2,
    Dengan santan pekat lebih lemak lagi rasanya. Kuih abuk-abuk sagu pun akak suka tapi mesti yang banyak gula melakanya.

    ReplyDelete
  8. saya selalu buat ni masa bulan puasa. pergh!!

    ReplyDelete
  9. Lemak manis dan cool, ye, hajah?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.