'badan'nya berlumut, tutup dah berkarat, kurang perhatian |
Hinggalah.......
bila kami bercadang untuk meningkatkan landskap laman.
apa nak buat dengan perigi comel ini?
Apa kata kita jadikan dia macam perigi "Jack n Jill"
Maka kami gambarkan kepada Mr Chong (siapa lagi kalau bukan kontraktor landskap)
perigi "Jack n Jill"
"Kita mau ada bumbung, ada timba kayu, ada tali. temboknya begini.... blah..blah...blah..... "
Inilah hasilnya...
Perigi sudah berbumbung. Ada timba tergantung di tengah-tengah siap dengan tali serta pemutarnya. Air perigi kini kami gunakan untuk siraman pokok-pokok dan mencuci lantai serta longkang. Airnya sudah mulai jernih sebab diguna selalu.
.Ini timba kayunya, serta tali, ditempah khas, sebagai hiasan |
.Kedudukan perigi "Jack n Jill' di laman |
Perigi "Jack n Jill' atas bukit, perigi versi kami dilaman rumah, di kaki Bukit China.
Bagi mereka yang tak biasa dengan 'pantun kanak-kanak'/nursery rhyme "Jack n Jill",
begini liriknya
"Jack and Jill went up the hill
To fetch a pail of water.
Jack fell down and broke his crown
And Jill came tumbling after"
Saya belajar lagu ini semasa di tadika berpuluh-puluh tahun yang lalu, dah berzaman...........
Bagaimana kami tau periginya begini bentuknya?
Dari bayangan kami...tak tau pula ada simpanan dalam Mr Google
Peminat 'embroidery ' boleh juga cuba jahitan Jack and Jill Well
.www.embroidery.com |
tringat prigi depan rumah acik kat kampung tu...sedih bila diperlakukan dgn sadisnya...
ReplyDeleteditimbus...dirobohkan tanpa prasaan sayang sikitpun. tak bayangkan penatnya orang yang menggali perigi tu dulu demi untuk mendapatkan bekalan air bersih kegunaan keluarga dulu...huhu...
Acik,
ReplyDeleteYang lepas jangan dikenang..sedih :(
assalamualaikum cikgu
ReplyDeletelama tak sembang dgn cikgu
saya dah beberapa kali ke melaka
cuainya saya
lupa saya nak cari cikgu
DODOL plak yg saya cari sampai sesat 2 jam
bilalah nak jumpa cikgu ni
suka tengok perigi tuh
mesti anak2 saya byk soal nnt
ok cikgu
take care
That is truly creative and the outcome is a beauty.
ReplyDeleteSalam Vimmy,
ReplyDeleteLain kali jangan lupa singgah rumah cikgu. Vimmy juga, jaga diri!!
Thank you 'pakcik'@ al Manar,
ReplyDeletecantiknya perigi tu kak nora!!!
ReplyDeleteI like..
yang penting, kreativiti. Tak semua orang kreatif.
Ya, kami pun puas hati dengan wajah perigi itu. Kami guna pump untuk keluarkan air. Rajin sekarang cuci longkang, siram tanaman , cuci lantai porch..
ReplyDeleteAs salam hajah,
ReplyDeleteWah! Idea yg sgt menarik dn hebat. Pergi tu slmt dn terus berbakti kpd tuannya. Air perigi lebih selamat digunakan berbanding air paip sekarang. Kami di sini gunakan air perigi utk masakan dn siraman pokok. Mandi dn membasuh guna air paip (yg kadang2 wrnanya oren/kelabu)
waah... macam ni saya pun tentu seronok nak basuh longkang..
ReplyDeletekadang kadang nak ke melaka jer..tapi tak sanggup nak mengharungi jem sana sini...
ReplyDeletecantik la perigi tu..alang ni kreatif laa..
Boleh lah Ezza, harungi aje...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Nora,
ReplyDeleteSinggah ziarah ni. Selalu terserempak di blog kak pah, ingin nak kenal, saya dah follow
Salam Kunang-kunang,
ReplyDeleteSuka nama 'kunang-kunang'..ye lah,terserempak tapi tak bertegur..kali ini boleh lah keep in touch ye..TK
salam perkenalan kak nora.
ReplyDeletemenariknya idea perigi tu..suka sangat!
Shera,
ReplyDeleteTK kerana singgah. Salam perkenalan juga. Akak dah ke rumah Shera..ada cerita bunga-bungaan. Akak suka. Akak hantar komen beberapa kali tapi tak berjaya kerana word verification dalam blog sera nampaknya ada problem, tak ada ruang untuk verify. TK.