Nah oh Nah

 Saya masih di Kuantan.
Selalunya kami breakfast di luar .
Pagi ini saya sarapan sorang-sorang. Keluarlah  beli breakfast di Cawan. Cawan , sebuah restoren di blok belakang rumah tetapi saya tak pernah singgah. Ada macam-macam pilihan untuk sarapan. Cuba  nasi lemak dan 3 jenis kuih....RM2.00 sahaja.

Yang asas saje, kuih...apam meriah, cik mek molek, kuih badak
 Sampai di rumah terdengar "Kak Nora......."
Ah, Maznah, jiran sebelah rumah, berada di sebelah pagar dengan sepinggan rezeki di tangan.
"Apa lagi Nah?'
"Ini kuih untuk Kak Nora. Ada orang buat tempahan "

Memang mengancam  kuih Nah buat!!

Dah banyak kali Maznah hulur saya rezeki. Dalam masa saya seminggu di sini, saya sudah rasa
Sabtu minggu lalu : 5 potongan Kek Cokelat (JY rasa sikit,  saya sudahkan)
Selasa : Roti Jala Kari Ayam . (dia  tak berapa gemar, saya juga perhabiskan)
Khamis :Burger Sambal. (Nah  beri empat, saya makan tiga!!)
Hari ini, Sabtu: .....seperti dalam gambar.....(banyak juga tu), boleh share dengan kawan petang nanti.
.
"Kak Nora pulangkan balik pinggan, jangan susah-susah" ..maksudnya jangan balas.
Eh, tak kan nak balas pinggan kosong, ye tak?
Nantilah fikir-fikirkan apa nak balas...yang mudah  untuk saya.


Syukur saya mempunyai jiran yang baik budi macam Maznah sekeluarga.
Maznah, semoga anda sekeluarga dipanjangkan umur dalam kesihatan yang elok dan ditambahkan dan diperluaskan  rezeki. Sungguh baik hati mu, selalu ingat saya bila masak sesuatu yang special.
Makumlah, saya...bila nak mula masak?
InsyaAllah, InsyaAllah.....

4 comments:

  1. Assallamualaikum Kak Nora,

    Memang mengancam kuih yang purple tu...talam keladi..
    Mama nadz pun dah lama tak berbalas bekas dengan jiran-jiran, sibuk sikit, dah ada beberapa buah pinggan mereka kat rumah ni..tunggu nak masak yang ok-ok sikit nak hantar..ada idea ke nak masa apa ni?

    ReplyDelete
  2. Salam nadz,
    Masalahnya jiran saya ni handal dalam bab masak memasak. Kita tau yang simple aje!Balaslah dengan poa yang mampu.

    ReplyDelete
  3. assalam..rezeki jangan dotolak kak nora..sedap2 nampak kuihnya tu..

    ReplyDelete
  4. Erna,
    Betul tu dik...uuummmppphhh!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.