Sepetang di Taman Pertanian Kuantan

Majlis bermula jam 3.00 petang. Kami sampai di lokasi pada jam 5.00 petang. Tetamu sudah berkurangan.  Elok juga datang lewat, dapatlah tuan rumah melayan kami . Ini ialah majlis perkahwinan anak kepada Datin Narimah. Beliau  pernah menjadi GPK Akademik semasa saya berkhidmat di SMKTA. (Dulu saya hadir majlis perkahwinan anak GPK HEM). Hana Nabila binti Abd Hamid nama pengantin perempuan.  Memang impian Ella majlis perkahwinannya  ala garden party. Dan impiannya tercapai. English Garden party, gitu. Ella dan suami  berbaju pengantin serba putih Manis dan sama cantik sama padan. Suasana nyaman, segar, lapang rasanya. Mana tidaknya di tempat terbuka, dalam taman yang dihias indah, di kelilingi tanaman hijau. Khemah pun luas.   Simple and neat!! Thumbs up kepada wedding planner dan Datin Narimah yang berusaha sangat-sangat untuk menjayakan impian Ella.
Bersama emak pengantin
Bersama pengantin
wedding cake
Antara menu, Hi T, ambil sikit-sikit sebab ada banyak pilihan
Suasana English Garden
mesti ada bunga-bunga comel, fresh flowers
Mesti ada pagar putih
Ada pagola  dengan carpet hijau, bukan red carpet
Bersama adik bongsu Ella, Jihah. Mula kenal umurnya 4 tahun, sekarang...tengoklah!!!
JY berbual apalah dengan Dato' Abd Hamid, bapak pengantin perempuan

Jam 6.20, sudah lebih masa, Caterer sibuk nak berkemas. Kami pun beredar dengan bakul comel putih berisi 'chocolate cookies',

Terima kasih Narimah. 3 more kids to go...di mana pula nanti???
Elok juga buat jamuan ala garden party ini. Satu kelainan (bagi saya).

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.