Mengapa Hoki?

Salam semua,
Jadi juga saya ke Stadium Hoki Bukit Serindit petang semalam.
Tetapi sebelum itu, pada tengaharinya, saya bawa teman-teman dari Kuantan, lunch dan berbelanja sikit-sikit serta round-round bandar Melaka.
Mengapa hoki? Saya bukannya peminat hoki. Pada saya ia satu sukan yang sangat bahaya. Kejar dan pukul bola kecil dengan kayu, salah-salah pukul boleh kena mata, lutut....his.....bahaya, bahaya. Tetapi bila saya di'pos' ke sekolah pertama saya,

Pengetua : Cikgu diberi sukan hoki.
Saya : (senyap dan terkebil-kebil. Dalam hati : Tapi saya tak tahu main hoki)

Saya terima jugalah tugas sebagai penasihat hoki. Penasihat dan pengurus bukan jurulatih. Mujur jiran sebelah rumah saya memang jurulatih hoki. Dialah saya 'employ' untuk bantu saya. Jadi terbentuklah pasukan hoki sekolah. Saya pengurus aje yang zero knowledge dalam hoki. Mr Chong jadi juruletih, mana tidaknya, letih bimbing, macam tu juga cara main tapi semangat budak-budak hoki tu, tinggi, sampai luka-luka.
Lepas, tu saya tukar kokur....jadi penasihat Persatuan Kebudayaan. Dari padang ke pentas dan dewan pula.

Lama berzaman saya tinggalkan permainan dan sukan hinggalah saya ditugas di sekolah pula. Sekolah terakhir saya ialah sebuah sekolah sukan negeri Pahang untuk sukan hoki dan bola jaring. Hai, mula hoki dan akhir pun hoki. Dan mujur juga di sekolah tersebut ada seorang guru hoki, memang her life is hockey. Memang sangat berpengalaman dalam hoki. Beliaulah pula jadi penyokong saya. Beliau jugalah yang buat saya 'jatuh hati' dengan hoki. Pegawai-pegawai sukan di JPNP pula banyak memberi sokongan. Sebagai sekolah sukan, pelajar-pelajar yang berkebolehan dalam hoki (pelajar luar bandar) dihantar ke sokolah saya, tinggal di asrama, mengikuti latihan hoki di bawah jurulatih yang dilantik khas oleh JPNP. Kami mainlah, lawan dengan sekolah-sekolah sukan yang lain di Pantai Timur. Sekolah saya juga sekolah premier. Jadi lawan kami juga ialah sekolah-sekolah premier. Kemana-mana pasukan sekolah main, Alor Setar, Seremban, Johor, Kota Baru, KTerengganu...saya ikut..naik bus dan tidur bersama mereka..tidur di hostel sekolah lawan kami. Budak-budak suka, pengetua ada bersama. Kami sempat terbang ke KK, Sabah. Sukanya budak-budak saya. Memang setiap tahun pasukan sekolah cemerlang sukan hoki.

Semalam, kerana semangat hoki tu masih ada dan dapat tahu ada dua orang ex pasukan sekolah main, saya joinlah sebagai penyokong Pahang. Bella dan Lin...pernah main untuk sekolah, sekarang wakil negeri sudah berapa tahun. Pahang main dengan hebatnya 'nice game'. YM Tengku Puteri, Pengerusi Hoki Wanita Pahang, turut sama membei sokonan. Akhirnya, Pahang kalahkan PPinang dengan 2-0. Jadi malam ini, Pahang bertemu Johor dalam final. Tapi saya tak pergilah sebab waktu game tak sesuai, member pun dah balik Kuantan, ada urusan. Dapat SMS
"Phg kalahkan Johor masa group. Final is a different game. Sultan n TM akan berangkat"
Oh hebatnya game malam ni! Dapat semangat dan sokongan royalty!!
Last SUKMA, Pahang juara....kali ini?

(ps. gambar-gambar akan diload kemudian. Another reason saya kenapa hoki...sebab Stadium Hoki Bkt Serundit, dekat dengan rumah!)

8 comments:

  1. salam kak hajah nora...
    masa sekolah, saya tak minat netball.. dan tak pandi pun main netball. Cikgu bagi main hoki.. jd penjaga gol 2 tahun.. enjoy betul...
    tp masih tak faham undang2 pemain hoki... yg saya tau, menahan bola dari dimasukkan kedalam gol..

    ReplyDelete
  2. Hajah,
    Akak tahu 'curi ayam' wah kah, kah!!Wah goalkeeper ada special gear, macam mana rupa hajah waktu ye?

    ReplyDelete
  3. Salam Kak,


    saya main netball jer kak. Hoki tak tahulah.

    Pahang menang! seronok pulak.

    ReplyDelete
  4. salam.
    kakpah tak suka main hoki sebab bila main tulang kering mesti kena rembat dengan kayu hoki.
    adui...

    ReplyDelete
  5. Betul, hajah, dangerous game.

    ReplyDelete
  6. Tapi kalah final, begitu juga pasukan hoki lelaki Melaka.Senasib.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.