Tukar lagi!

Salam.
Pagi ini, cuaca nampak bersinar terang di luar sana. Semalam hujan. Ada banjir kilat juga di sana sini, di sekolah, di kampung....
Pagi ini, saya masih lagi ditemani celoteh geng Sinar Pagi..dengan Ella..Terhibur dengan gurauan mereka

Ah, wajah 'rumah' tukar lagi. Main tukar-tukarlah 'rumah' dengan 'new design' di Blogger Cuba mana yang berkenan di hati. Sebenarnya tak ada kerja lain.

Dan breakfast pagi ini "Alang nak nasi lemak atau ketupat?"
Of courselah , ketupat!

Di Melaka sarapan ketupat memang biasa. Ketupat nasi ori bukan nasi himpit atau ketupat segera. Lawannya kelapa urap atau serunding kelapa dan sambal tumis. Ada juga yang tak gemar sarapan ketupat ini. Sebab, nasi dengan sambal dan kelapa saje. Tak 'berkhasiat, kata mereka. Tapi ada tempat ada alternatif. Disediakan rendang ayam atau sambal kerang. Bagi saya cukuplah dengan sambal dan kelapa. Saya suka lebih-lebih lagi kalau tabur lebih serunding kelapa. Lebih kelapa dari sambal.Sedaaap......

8 comments:

  1. kak hajah nora..
    dah lama tak jumpa orang menjual sarapan ketupat dan sambal kelapa sekarang ni.. kat mana kak hajah nora jumpa? ker buat sendiri?.. kalau dulu, banyak orang jual sarapan pagi ketupat dan sambal kelapa... balik nanti nak pekena jugak lah...

    ReplyDelete
  2. Salam kak,

    Beznya. kena tunggu raya baru dapat makan ketupat ni.. huhu..


    Melaka kat mana ya kak? Mak & Arwah ayah dari sana jugak.

    ReplyDelete
  3. Salam hajah,
    Ketupat untuk breakfast tadi beli di warung di Ujung Pasir.(Eh, di Kpg baru KL, pun ada Ujung Pasir kan? Asal usul 'pendatang' dari Melaka diam di situ). Tak semua tempat ada jual ketupat daun kelapa ni. kebanyakan nya ketupat segera dengan kuah kacang,

    ReplyDelete
  4. Azrina,
    Yelah nak makan ketupat daun kelapa selalunya tunggu raya. Rumah famili akan di Bukit China,di pinggir bandar.

    ReplyDelete
  5. Salam kak Nora

    Kalau saya tentunya ketupat berlaukkan rendang daging atau ayam, sedapnya macam hari raya pula.

    ReplyDelete
  6. Zaitun,
    Yang selalu sediakan rendang ialah warung yang menjual nasi himpit atau ketupat segera. Selalunya, sambal dengan kelapa yrap.

    ReplyDelete
  7. salam, mertua kakpah memang suka buat ketupat. suami pun suka. dua minggu lepas jiran depan rumah tebang pokok kelapa. kami mintak daunnya dan buat ketupat. errkk.. macam raya pulak siap dengan rendang dan lodeh.

    ReplyDelete
  8. Mari saya nyanyikan lagu "Selamat Hari Raya", hajah. Sekarang, hari-hari, hari raya..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.