Khemah? Kanopi?


Dulu, dipanggil 'khemah'
bumbungnya bukanlah putih bersih seperti imej di atas
(ini gambar contoh, seakan-akan inilah rupanya)
Bumbungnya cuma kain kanvas tebal, hijau
macam khemah tentera.
Kain kanvas diikat pada tiang-tiang kayu tegap
melalui lubang-lubang tersusun di tepi kanvas.
Pada tiang kayu tersebut
dililit kertas bunga (crepe paper)
atau
bendera kecil tiga segi (bunting, jangan salah sebut)
Bumbungnya pula bentuk V terbalik.
Maka di bawah khemah inilah
undangan menjamu selera
duduk pada kerusi kayu panjang
mejanya, kayu, beralas kain meja sahaja.
Tak ada kipas, tak ada lampu..

:
:
Sekarang,
rata-rata ke mana kita pergi
pada musim kenduri kahwin,
kita nampak
'kanopi'
tak dipanggil khemah lagi!
Dah jadi nama 'standard'
ketinggalan zaman kalau disebut 'khemah'
Bukan lagi hijau lumut
tapi putih bersih


Mula-mula bila saya lihat 'khemah-khemah' ini terbayang saya
King Abdul Aziz International Airport di Jeddah
Arabic canopy
Atapnyanya 'muncung' ke atas!
Kanopi-kanopi ini
Siap dengan hiasan kain langsir, scallop,
ikut warna tema majlis perkahwinan
unggu, kuning, merah, cokelat, biru
Berwarna warni, ceria, meriah
Lengkap dengan kipas dan lampu
dengan kerusi-kerusi yang 'berlitup'
dengan riben (bow) terikat di belakangnya,
dengan meja bulat yang 'berskirting'.
Macam suasana hotel...



imej daripada andamanklasik.blogspot.com

Ah, Cik Kiah, Cik Joya, Cik Senah , silalah pilih canopy mana yang sesuai , siap pakej sekali. tau. Yang penting ada piti, ongkosnya, belanjanya, ya..

6 comments:

  1. Masa saya kecik-kecik dulu, kalu ada kenduri, dibuat balai berbumbung kanvas kaler hijau taik lembu (mcm takda contoh kaler lain), dan bertiang..

    dibina bergotong royong, dan bila siap, kanak2 suka berlari dari hujung ke ujung.. best nyaaaa!

    ReplyDelete
  2. Betul Azie. Dan kalau ada air hujan bertakung, dojolok-jolok dengan kayu supaya air yang bertakung,'terjun'.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Nora

    Sekarang kalau pergi kenduri bukan saja pelamin yang ditengok tapi kanopi pun jadi bualan.

    ReplyDelete
  4. Salam Zaitun,
    Akan datang, bagaimana pula bentuk kanopi ye?

    ReplyDelete
  5. Salam Hjh Nora
    Zaman saya di kg dulu, kanopinya = bangsal. Tiang buluh, bumbung atap nipah, lantai papan, penyandarnya pelepah nipah. Kerusi, ilek! Gotong royong. Anak2 dah 'selesai' semua. Rasa2 tak perlu pilih kanopi lagi ... alahai, habis pokok kesayangan kena pangkas dek si Kanopi.

    ReplyDelete
  6. Sekarang,Temuk, kampung dah jadi pekan. Pekan dah jadi bandar. Semua dah moden. Bangsal dah jadi khemah dah jadi kanopi. Anak-anak punya pasal, tak apa, Temuk.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.