Hurray, cuti

Salam.
Hari ini, Jumaat, hari akhir sekolah buat semester ini.
Ramai pelajar agaknya liat nak ke sekolah.
Ada yang sudah plan nak ponteng....ehem....
Tapi dengan belaian dan pujukan ibu,
Pergi jua tanpa meronta.
Ada juga yang ponteng kelas fardhu 'ain sesi petang,
Yelah mana ada mood., dah holiday mood
Balik lunch lepas sekolah pagi, mengantuk pula.
Baik bom atas katil empok
Tak pelah beri peluang.
Hari ini juga hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun
(untuk sekolah menengah khasnya yang ada peperiksaan besar)
Sukanya mereka...(yang saya tau)
Oh..lepas sekolah gi tengok wayang ye..
Enjoy....
Maklumlah seminggu dok hadap buku dan buat 'larian pecut'
Ingat ye, ni baru yang kecil..yang besar menjelang tiba tau...
Sekolah tak buat kelas tambahan ke masa cuti ini?
Oh, berilah peluang kepada cikgu sayang untuk rihat bersama anak-anak mereka pula.
Tapi cikgu-cikgu bukan rihat, ada yang kena tanda skrip jawapan, tanda kertas ujian
Tapi ada dah rancang melancong ke luar negara atau jalan-jalan rihatkan fikiran, stress.
Apa-apa pun,musim cuti maknanya musim panggilan
Bukan panggilan haji tapi panggilan kenduri kahwin.
Banyaknya kad jemputan, dekat dan jauh.
Tau-tau ada dalam kotak surat (letter box)
Cuti sekolah kali ramailah pelancong ke Melaka
Kan ada SUKMA waktu ini..
Oh Bandaraya Melaka mengalu-alukan kedatangan pelancong, peminat sukan
Jangan lupa dapatkan baucer-baucer diskaun kalau nak cuba
Menara Taming Sari, Bot Cruise dan lawatn ke muzium, meriah tau
Oh ye World Cup juga musim cuti sekolah ini..
Hai jaga malam lah..makan bola, tidur bola, mandi bola..
Tapi...
Saya cuti sekolah ni ke BP pula, ada majlis kahwin anak saudara sebelah suami
Kemudian terus ke Kuantan, tukar angin katakankan.
Jadi, jangan lupa ye, cuti sekolah ni,
Anak-anak di rumah..
Bawalah mereka berjalan makan angin, tengok tempat orang
ke Universal Studio Singapura, ke Pulau Tioman, Pahang, atau
Yelah quality time dengan anak-anak..
Jangan pula marah mereka..hai bila sekolah nak buka!
Dan bila sekolah buka..guru pula mengeluh...cepatlah cuti sekolah!
Sabarlah dengan kerenah mereka (saya kadang-kadang temper juga)
Baiklah itu kisah sebelum cuti sekolah bermula,
Jumaat 04 Jun 2010
Maaf ye, saya nak pack bag...
Esok, InsyaAllah, mulalah percutian saya. hurray!

8 comments:

  1. Selamat bercuti..
    Bestnya dapat bercuti tempat best-best macam tuh...

    Saya jarang dapat pi, sbb bajet ciput anak ramai..

    akhirnya bercuti dekat-dekat laman rumah jer..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Azie,
    Tak pe tu pun cuti-cuti ala taman, anak-anak suka, ibu pun gembira.

    ReplyDelete
  3. salam kak nora..seronoknya nak pi bercuti..saya pun tak sabar rasa nak bercuti..tapi..tak tau lagi destinasi..

    ReplyDelete
  4. Alang..cuti cuti memamg best tapi penat...

    Bercuti tak semesti nya ke tempat yang mahal mahal pun, pergi bercamping pun ok gak..murah dan selamat...cuba lah...

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti kak Nora, ramai yang buat kenduri kahwin,yang pergi melancong pun ramai juga.

    ReplyDelete
  6. Erna,
    Tanya budak=budak nak peri mana?

    ReplyDelete
  7. Ezza,
    Betul kata Ezza, bercuti tak semestinya ke tempat yang mahal, contoh aje. Banyak lagi tempat riadah yang lain, ikut minat masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Zaitun,
    Saya betul-betul sedang bercuti sekarang, hadap PC dan dengan Google, round the world!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.