Dah biasa

Salam semua,


Satu malam, di kaunter sebuah klinik.

Pembantu yang manis (SYT): Makcik, boleh beri nombor talipon?

Makcik (saya lah tu): Kosong satu sembilan...er....er......nanti kejap saya ulang dalam Bahasa Inggeris. Kalau dalam Bahasa Inggeris, saya boleh ingat. Zero one nine..........

Dan lancarnya makcik tu sebutkan nombor taliponnya. Tak tersekat pun. Lepas tu, mulalah the SYT tanya saya soalan-soalan selanjutnya dalam BI.

Adakah anda seperti saya? Mengingat angka atau numbers di dalam Bahasa Inggeris?

Kalau orang tanya no kad pengenalan , baik KP yang lama atau yang baru, saya jawab dalam BI, kalau dalam BM..lambat sikit atau tersekat-sekat. Saya mudah ingat nombor pendaftaran kereta dalam BI. Ingat poskod kawasan negeri pun dalam BI. Mengapa ye?

Maaf, jangan salah sangka, okey.

Mungkinkah sebutan angka dalam BM, suku katanya panjang. Misalnya : 1...sa-tu, 3..ti-ga,
Dalam BI pula. 1..one, 3..three
Jadi cepat dan mudah diingat angka dalam BI!

Kesimpulannya,

Kebiasaan. Alah bisa, tegal biasa....

Mengapa saya di klinik malam tu?
Ah..ah.....itu cerita lain....next time okey!

9 comments:

  1. salam kak hajah nora..
    wah.. kak nora pun dah pandai bagi suspen... sama-sama kami menunggu cerita di klinik. hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak,

    betul sangatlah kak.

    lebih2 lagi bila orang bank call untk personal verification.macam2 soalan ditanya.

    hehe.

    ReplyDelete
  3. Azrin
    Kadang-kadang nak tahu tarikh lahir, nak beri hadiah harijadi ke?

    ReplyDelete
  4. salam,

    sekarang ni PPSMI semakin mansuh. Terbit pulak MBMMBI. Dua-dua bahasa penting...tapi Melayu ngan melayu cakap melayulah nanti oang kata mengada-ngada, tapi sebenonye deme jeles...

    ReplyDelete
  5. Cg Ahmad humairi,
    Yang berfikiran 'ngada-ngada' saje kata begitu. Sebenarnya mereka kagum orang senior pandai berbahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  6. Alang..

    kalau alang cakap omputih saya tak heran lah..nama pun cikgu..tapi dalam kepala saya membayang kan abah saya cakap omputih dulu dulu...sebab dia kerja dengan kompeni british...yang selalu di sebut nya..stupid, lazy, bast***, dan banyak bahasa kesat. Rupa nya orang puteh dulu kemain kurang ajar ngan orang melayu masa dulu sampai kan ayat begini jadi ungkapan hari2 di kilang....

    ReplyDelete
  7. Zah,
    Alang kalau nak ingat nombor atau angka dengan lancar mesti dalam BI. Macam tu juga kalau ada orang marah, lebih berkesan dalam BI. Alang tak maksud bos kompeni tu okey.

    ReplyDelete
  8. acik becampor2 kak...kekdg nk ckp basa mlayu...tecampor bhs inggeris.
    Bila nk cakap Inggeris, tecampor bhs melayu...maka jadiklah..manglish itu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.