Time masak

Salam semua...
Amal suka prawn fritters. Kalau makan kat Pi**a H*t, dia pasti order prawn fritters. So for lunch today, prawn fritters a.k.a udang goreng tepung. Resepi asas...redah aje, main agak-agak. Udang yang telah dibersih, buangkan kulit dan benang hitamnya. Ekor tak payah cabut (tapi saya dah tercabutkan ekornya!). Perapkan udang dalam seasoning: sedikit tepung jagung di bancur dengan putih telur dan garam. Perapkan dalam masa 30 minit. Buat batter pulak. Buat adunan tepung gandum,tepung beras, ..agak-agak sukatannya...sedikit baking powder, garam, dash of pepper...tambah air sikit, sikit..jadi batter. Biarkan sebentar. Yang mahir memasak tentu ada tambah bahan-bahan lain. Akak simple aje. Sampai masa, celup udang tadi seekor, ekor ke dalam batter....shshhhhhh.......goreng dalam kuali,deep fry, sampai kuning emas. Masaklah dia. Minta-minta Amal suka prawn fritters Nek Lang, nanti boleh buat lagi kalau Amal kata "Aye, aye, nek Lang".
Kemudian ingat nak masak ikan gelama goreng taucu. Cili hijau tak ada, guna cili merah yang ada 6 tangkai. Ikan gelama 5 ekor. Fikir pulak. Kak Iman tak suka taucu. Dia minat kentang goreng cili. So tukarlah resepi. Ikan gelama dengan kentang goreng cili. Caranya: tumbuk kasar cili dengan bawang merah. Tapi akak blend, malas nak tumbuk, nanti terpercik air cili. Tengok ada lebihan sambal belacan, tambah ajelah kat cili tadi. Kentang ambil 3 biji, hiris tebal, bersih dan goreng hingga kuning. Ikan gelama dah perap dengan garam kunyit, pun goreng. Goreng pulak cili tadi hingga masak. Masuk sekeping asam keping dan garam secukup rasa. Bila masak, masukkan kentang goreng dan ikan gelama, sebatikan dengan gorengan cili. Masak dah. Hopefully kak Iman pun suka.
Oh ya, si Iddin pula. Dia suka ikan gelama. Senang budak ini. Dulu suka ikan kembung, sekarang gelama. Akak ketepikan aje 2 ekor yang siap goreng. Jadi yang goreng cili 3 ekor aje. Iddin sukakan?
Itulah kisah saya di dapur pagi Selasa ini. Masak fikirkan kesukaan ramai. pening juga ye.

4 comments:

  1. sedap nya kak..kadang2 yang simple tu yang paling banyak nasi bertambah...hehehe

    ReplyDelete
  2. Pizza Hut Bkt Cina Branch, opening soon.

    ReplyDelete
  3. Ezza,
    Yeh...ada request buat lagi lah fritters. Nasi tak tambah, udang di suruh tambah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.