Ceria

Pokok bunga menambahkan warna di 'taman'
Ada periwinkle atau kemunting china
dan ada rose jepun, kembang bila kena matahari pagi


Salam semua.

Dari semalam saya ada problem nak save draft posting, asyik keluar 'autosave failed', hai, what's the problem. Tak pernah berlaku. Now dah okey setelah pergi ke 'blogdoctor', browse aje dalam google, jumpalah 'doctor' ni. Rupanya ada juga blogger lain yang senasib denganku. Remedy nya " clear the cache' sebab banyak sangat 'temporary file'. Cari sendiri, wei! Cakap mengenai medication, remedy, ni kan saya dah cerita dalam posting dulu 'mengapa saya kena selesema?' Saya buat kajian puncanya dan mencari jalan mengatasinya kan? So baru ini, dalam 4 hari yang lepas, JY semasa di Melaka, memperkenalkan saya minuman herba ini, minuman kesihatan yang antara lain boleh membantu masalah resdung. Saya tak bolehlah war-warkan namanya, takut macam nak iklan saja. Ada kululusan KKM, jangan risau. Saya nak cuba dulu boleh tak sembuhkan selesema saya. Dengan 'obedient' nya, disiplin diri, saya minum 1/4 cawan pagi dan 1/4 cawan petang, dengan izin Allah S.W.T. Nampaknya hari ini , Rabu, okeylah. Bersin tu adalah, sebab habuk. Sniff, sniff sikit pagi, tu, adalah. Tapi syukurlah hidung clear. Tak de lah bersin berpanjangan, sampai kena ambil 'zyrtax'. Sembelit pun tak ada. Kalau saya minum teh atau teh tarik, memang susah nak 'membuang'. Tidur pun nyenyak. Tengok lah sampai 1 minggu ni. Tapi saya tetap bersyukur dengan adanya ilham dariNya dapatlah dicipta remedy minuman herba ini. Apa-apa pun, apa jua penyakit, ada ubatnya.
Okey, jumpa lagi.

2 comments:

  1. nanti bila dah ok, boleh lah kongsi herba apa tu.....

    ReplyDelete
  2. Ezza,
    Beri akak email add. boleh akak cerita. InsyaAllah , works on me. Tapi keyword herba tu ada dalam imej posting. Hai, main game kita.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.