Sifu

Salam semua.
Ini Ah Meng, seorang pencuci kereta. Saya 'terjumpa' dia sewaktu nak cuci kereta semalam. Kebetulan JY kenal dia. Imej dalam posting semalam adalah peralatan urut, untuk urutan refleksologi. Ah Meng sendiri yang buat alat urutan itu, daripada kayu chengal yang diambil dari hutan Jabor. Tak jual di kedai tau. Ah Meng adalah juga seorang pengamal tai chi. Jam 6 pagi setiap hari dah ada di Taman Gelora. Tapi bukan yang basic 18 steps yang fokus kepada pernafasan. Sempat dia demonstrate pergerakan tai chi. Dia happy bila saya kata saya nak cerita hal dia dalam internet. Dia juga happy bila saya kata saya juga praktis tai chi tapi tak lah macam dia punya step. Dia menasihatkan supaya kita buat exercise breathing ini everyday 15 minit. Bagus untuk kesihatan. Ah Meng juga telah demonstrasi bagaimana menggunakan peralatan urut itu dan tunjuk ajar saya bagaimana mengurut dengan betul.
Ah Meng: Kalau kepala ada sakit, urut sini, macam ini. (urut kat tengok)
Kalau lutut sakit, urut sini siku. Opposite. (cucuk-cucuk kat siku)
Dan dia beri saya beberapa untuk saya guna dan bawa balik Melaka untuk diperkenalkan kepada kawan-kawan tai chi. Kat Kuantan ini kalau nak cari Ah Meng, nak cuci kereta dan minta dia demonstrate cara urutan kayu ini, pergilah kat petrol station SHELL (or is it BP) yang dekat entrance masuk ke MS Garden. Dia suka sangat lah tu. Ah Meng tak lokek ilmu. Terima kasih, Ah Meng.

Ada bentuk papan, ada bentuk 'pointer'. Yang secekak itu untuk di bawa balik.
Saya : Ah Meng, macam mana nak urut hidung selalu keluar air? Bahagian mana mesti kita urut?
Ah Meng : Oh itu ah? Nanti saya tanya sama saya punya sifu. Lain kali awak datang saya beritahu.
Jumpa lagi. Bye, bye

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.