Senam seni

Dear readers,
Pagi Ahad semalam saya dan kakak ke Dataran Air Keroh untuk melihat (dan ikut serta kalau boleh )Senam Seni Malaysia. Projek ni baru dilancarkan di Melaka. Selama ni kami buat taici atau senam tera 18 langkah tu dengan geng golden girls.Ada juga kami buat pergerakan tarian zapin, joget, dan poco-poco. Ni pergi nak tengok kelainan dan kalau ada step yang boleh diikut untuk orang-orang 'muda' peringkat kami ni.Di padang Dataran Air Keroh tu ramailah yang hadir, majoriti muda belia remaja, wakil IPT dan persatuan, bersemangat dan ceria di pagi minggu. Oh yes, semua yang hadir dapat T-shirt percuma you. Warna ceria , kuning jingga, Potongan T-shirt ala kimono atau macam baju tae-kwando. Siap black belt sekali!Kebetulan pula di tempat yang sama ada Karnival hari Peladang Peringkat Negeri Melaka. Sempatlah lah kawan beli buah naga, 10 for RM10.00 dan duku langsat. Kakak dan saya diri je, tengok dari jauh, nampak celah-celah anak muda rakan remaja, tak kenal sorang pun manusia. Oh gitu rupanya senam seni ni. Aerobic ala Malaysia. Pergerakan senaman tarian kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. Mulanya lagu rentak zapin, gerak geri pun zapinlah, then bertambah laju, rancak denganj oget, alaa dondang, inang and so on and so on......dengan pergerakan tarian India, Cina,Sewang sampai last sekali slow down dengan tarian gerak geri Sumazau Sabah. Projek ni akan dijalan setiap hujung minggu di tiga tempat sekitar Air Keroh. Jangan setakat pelancaran je ye!! Hopefully rakyat Melaka akan turut serta dan beri sokongan. Bagi kami, agak jauh jugalah nak ke Air Keroh ni, walaupun nampaknya menarik, banyak pergerakan boleh berpeluh dibuatnya kalau dibuat sepenuh tenaga. Sekali sekala tu bolehlah ikut. Tapi bila dibandingkan dengan tai ci atau senam tera, kami pilih yang kedua, lebih teratur dan sistematik, tarik dan lepas pernafasan, lebih sesuai untuk yang sebaya kami. Poco-poco pun kalau betul caranya, boleh buat kita berpeluh.Tapi senam seni ni adalah senaman ala malaysia, so mesti sokong juga, kan?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.