House keeper

Dear readers,
Pagi tadi seperti biasa pagi Selasa, berhimpun dengan kawang-kawang untuk aerobic Aspalela, Tai chi/ Senam Tera, poco-poco, zapin. Semua member ada menunjukkan peningkatan. Berpeluh. Habis, singgah di warung, isi perut dengan soto, popiah basah dan teh tarik. Balik ke rumah, terus ambil rake, alah pengaut macam jejari tu, kaut daun-daun kering pokok rambutan nan sebatang di laman rumah dan kawasan sekitarnya(semalam nampak bertaburan, sakit mata memandang) Adalah dua longgok daun kering. Puas tapi sekejap sekejap gugur lagi daun. Hai, ni lah kerja yang tak ada penghujung. Kemudian angkat pula bekas pecahan siling-siling buruk yang dah lama 'parking' di bawah pokok rambutan tu. Buang di tong sampah untuk diangkut oleh encik-encik tukang angkut sampah. Berpeluh!!! Kerja sorang-sorang. Selalunya bibik buat. Now no bibik, buat sendirilah. Siram pula pokok-pokok bunga. Segarlah hendaknya tanaman bunga ku . Next ke belakang rumah, daun serai nampak messy, tak kemas. Perlu di trim. So trimlah. Rupanya di celah celah gugusan serai tu ada pokok daun pandan. Barulah nampak. Next, ambil karung plastik hitam, masukkan daun serai tadi dan daun kering pokok rambutan. Angkut ke tempat buang sampah. Next kemas pula pinggan mangkuk di dapur. Nampak bekas-bekas air suam kosong. Didih pula air. Next buat laundry. Belum lagi sapu rumah (sebab Amal ada di rumah, demam dan dia sedang tidur) Hai penatnya jadi 'house keeper' ni ye (kakak saya beri gelaran tu) sebab dia asyik busy dengan kelas bahasa Arab (mengajar) dan aktiviti persatuan, keluar rumah aje. Saya pula sentiasa di rumah, house keeperlah, house cleanerlah, cucu sitterlah...nasib baik H2H masak, kalau tidak jadi house 'cooker' ha, ha, ha....Mujur juga JY understanding, dan tadi dia called....nak datang esok....naik bus pukul 3 petang. Tunggu ye.....Oh another thing, called En Hisham, tukang buat rumah. Bukan nak buat rumah lah tapi minta check anai-anai yang telah makan beberapa keping kayu lagi. Bilalah nak berakhir masalah ni......Dengar 'beep, beep, beep, beep, beep, beep......' time sidai or jemur baju... Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.