Berjimatlah

Dari  restoren D'Cawan

Kalau suami tiada di rumah

Mee Bandung Muar                         RM3.50  (untuk makan petang)
Seekor ikan kerisi  saiz S                 RM 3.50  (untuk makan tengahari bersama nasi)
Setengah keping ikan tenggiri         RM 3.00  (tak jadi makan, simpan dalam fridge)
RM10.00????
Dalam hati.....eee..mahalnya. Tiba-tiba terbayang mereka yang berkeluarga besar... dan pendapatan tak seberapa.

Esok pagi......ikan tenggiri ku jadikan bahan Nasi Goreng Ikan.


Dari  D'Oasis pula
Nasi Dagang                                            RM5.00           (untuk brunch, breakfast lewat)
Singgang Ikan tongkol (ikan aye)           RM10.00          (kesukaan JY)
Gulai Ikan Patin                                       RM10.00         (saya suka ikan patin)

Wow!! RM25.00!!
Yang habisnya, nasi dagang, ikan patin sekeping, and the rest masuk fridge. Sebab? Ada orang tu bawa balik kari kepala ikan lagi!  Kari kepala ikan mengatasi singgang!!

Nasi Dagang Oasis, best tau

Untuk makan tengahari hari ini, saya nak masak mee sup, guna mee lidi. Mee lidi ialah mee kering yang tak menggunakan kapur.
.Bahan-bahan dah siap, blog dulu!
Untuk makluman  Cawan dan Oasis, dua buah restoren di Kuantan, hampir dengan rumah saya.

Lempeng Pekak Kak Rose

Anda suka lempeng (awas, bukan lempang!).. Ada macam-macam resepi membuat lempeng. Ada lempeng pisang, lempen kelapa (orang di Pahang  kata 'lempeng nyiur'), lempeng biasa-biasa . Pernah tak  anda dengar Lempeng Pekak ?
Lempeng Pekak KakRose.

Nampak memang simple 'as easy as ABC'. Kak Rose pun tak tahu mengapa  'pekak' .
Untuk sarapan pagi Jumaat, saya tak sabar-sabar nak buat lempeng yang mudah ini.
Tetapi ukuran cawan saya ialah cawan periuk nasi untuk 2 orang itu, Cawan kecil dan comel. Jadi satu cawan comel tepung gandum di tambah air satu cawan setengah, sedikit garam. Tengoklah adunan tak pekat dan tak cair.Putar atau kacau hingga adunan sebati. Biarkan lebih kurang 10 min. Sambil tunggu ia sebati dan mengembang, buatlah sambal tumis ikan bilis. (Sedap dimakan dengan sambal tumis) Sudah masak sambil tumis, panaskan kuali leper. Lenserkan minyak masak pada kuali, biarkan ia  panas sebentar. Lalu ambil satu senduk adunan tepung dan lenser  atas kuali panas tadi. Bulatkan biar sama rata.Bila dia ada'bubble' dan tepi keras,, terbalikkan. Nampak dah kuning keemasan  , lipat dua atau biarkan dia sekeping-sekeping.Nah...dah siap Lempeng Pekak Kak Rose . Untuk sukatan cawan comel tu, dapatlah 3 keping.


Makan 2 keping dah kenyang, tak pekak pun!
Oh, saya jumpa Kak Rose  di 'rumah'  KakJee.
Terima kasih Kak Rose.





Adam & Hawa Ep 24

 Teruja.
Anda ikut tak cerita Adam &Hawa ?  Saya bukanlah pengikut drama..Orang pencen, layan je TV bila ada kelapangan.
Tapi yang ini buat saya nak tahu ceritanya.
Antara 24 episod Adam & Hawa yang sedang 'popular' ini, episod 24  rasa seperti terpanggil-panggil....,maksud saya,yang first half episode, sekarang nikan musimmya.
Oh ye, saya follow Adam &Hawa melalui link di bawah. Terima kasih kepada En Ezany, tuanpunya blog.. 80 episod you,
 'dalam benci ada sayang'.

Drama Online Adam & Hawa untuk anda.: Adam & Hawa episod 24

Paprik ke Kari

Hari ini rasa-rasa nak makan nasi paprik, kata JY.  Sebenarnya, JY sedang beransur pulih daripada 'bencana badan' (pinjam istilah Prof MKI dalam ceramah Motivasi pagi  Ahad yang lalu).
.
.
Okey....bahan-bahan  untuk paprik ada kecuali serai,daun limau purut, buncis,cili api, sos tiram.
Sementara dia  ke T***s M***a untuk dapatkan bahan tersebut, saya pun siap-siaplah bahan yang ada...potong kecil daging ayam, bersihkan udang,hiris bawang besar, ketuk bawang putih, hiris karet, bunga kubis, buah tomato. Siap sedia sos tomato, sos cili. Bakar belacan.Nasi paprik sedap kalau ada sambal belacan. Masak nasi.

...tunggu.....

Balik aje dia...nampak ada kari kepala ikan dan masak lemak putih daun turi. Bahan-bahan yang disenaraikan ada juga (ada tambahan sayur lain lagi yang tak ada dalam senarai). Roti canai segera pun ada.
.
.
'Nampak kari kepala ikan, teringin pula. Simpan ajelah bahan-bahan paprik tu, Esok masak'.
SYMP...... mereka di jabatan kerajaan taulah..SYMP apa dia.
Selamat masak :)
.
.
.
.
Memang sedap  kari kepala ikan Pak Sheikh. Menyengat sedapnya. Itu sebab lauk ini popular di warung beliau. Lebih sedap daripada paprik. Tapi saya tak boleh masak sesedap masakan Siti anak Pak Sheikh. Tak pandai. Masak lemak turinya pun sedap. Oh,..sambal belacan mesti ada.
.
.
Esok breakfast roti canai dengan kari. Kepala ikan dah habis. Tinggal kuah aje.
Kari kalau simpan bermalam, sedaaaap!!!!
.
Paprik? Esok aje lah. InsyaAllah, khuatir tukar menu lagi.