Serviettes

Salam semua,

Ini adalah antara serviettes yang menarik untuk tissue painting.




Dijual dalam pack seperti ini.



Cari di bahagian 'kitchen' di pasaraya ataupun di mana-mana kitchen outlet.
Ada yang mahal, pattern nya exclusive. Ada yang murah. Tapi warnanya turun. Pilihlah yang okey, okey aje tapi corak menarik dan warna yang striking boleh, yang cool pun boleh. Bila susun nanti, cantik lah jadinya..

Ke gym

Salam semua.

Dah lama tak ke gym. Rasa badan ini lemah dan berat aje. Sejak pihak pengurusan Ladylike Gym ubah time 'open' ke 12.00 th, susah sikit saya nak ke sana. Sebab? Satu suasana panas (gym ni tak air cond pun, kipas je tetapi tingkap banyak). Kedua, jam 12.00 kiranya dah lewat (saya suka exercise pagi). Ketiga, time tu dah nak hampir budak-budak kat rumah ni balik sekolah. Terkejar-kejar pula. Happy bila Nadiah (girl yang supervise kat gym Ladylike)called "mula Isnin, gym mula jam 10.00 pagi. nanti Cg datang ye." Sebabnya, ramai pengguna gym complain masa yang tak sesuai bila mula 12.00 th. Walaupun saya ada tai chi dan aktiviti panas-panaskan badan dengan kumpula warga mas setiap pagi Isnin dan Selasa, pergi ke gym tu sudah semestinya dalam jadual harian saya. Pagi tadi start lah program workout saya. Gembira dapat berjalan di treadmill, cycle di basikal yang tak bergerak tu, buat toning muscle. Dan bila timbang...amboi...naik dah 1 kg. Hei, tak boleh jadi, mesti maintain original weight! So rajin-rajin lah ye ke gym (dan jaga pemakanan!!!). Tapi macam mana ye, di bawah gym ada pula kedai kek!!!

Dan lagi!

Salam semua.
Crazy gila wok!!! kata budak-budak muda sekarang. Tidur hampir jam 12 tengah malam, buat benda ni.

Motif: Gentle and soft , very the lembut English garden!!

Pagi tadi sempat pergi tai chi, breakfast dengan 'orang-orang kuat' tai chi (saya dengan hidung tersiut-siut). Balik rumah, kenyang (apa tidaknya, makan 2 kuih dan semangkuk kwayteow sup dan iringi dengan segelas teh tarik, lapar dah). Ambil Zyrtac untuk lega selesema. Kemudian, ke Tesco (plannya nak ke Mydin).Dapat juga beli buku Asas Bimbingan Solat untuk Lelaki (Semalam , Iddin tanya: Nek Lang, ada tak buku sembahyang, ada gambar dan doa wuduk.) Iddin happy, balik sekolah ada hadiah untuk dia. Singgah satu-satunya pharmacy kat Tesco. Beli Zyrtac (stock kat rumah dah habis). Beli juga CD Salawat Nabi oleh Raihan (yang beli terdahulu, Nur Salawat, beri pada my sis, nak dengar pukulan muziknya!). Sampai-sampai rumah, hidung masih siut-siut lagi, jemur baju, kemas-kemas belian dari Tesco dan terus landing atas katil. Tidur.....Rihat.......sampai 2.30 petang. Hidung dah okey. Syukur. Bangun-bangun tengok my sis sedang buat ini juga.
Motif: Big and bold, very the garang but attractive!!!

Jubin pun dah dihiasi!
Anyway, terima kasih sis for
1. teaching me this craft
2. allowing me to use your camera
Orite, see you readers!!

Tissue Painting Part 3

Salam semua.


Khas buat Vimmyasmin dan Kak Ezzah (dan juga yang berminat). Berikut ialah cara-cara membuat 'tissue painting'. As promised. Tunjukcara on line, okey? Yang saya tunjuk ini ialah 'tissue panting' atas pinggan.

Langkah-langkahnya:

1.Sediakan pinggan plain (porcelain atau melamine. Cg suka yang porcelain), kertas tissue ( bukan tissue muka ye) atau serviette yang bercorak (berbunga, gambar fruits, itik, burung, kupu-kupu) dan berwarna menawan (pastikan tak luntur warnanya), gunting, gam dan sedikit air, berus, gunting, glass outliner dan paint spray.







2.Fikirkan bagaimana bentuk atau lakaran gubahan anda nanti, samada nak tegak ke, bentuk C, lurus, tepi-tepi pinggan, tengah...... ikut kreativiti anda. Ada yang suka susun sebelah tepi, one side only, konon-kononnya nanti nak letak gambar sebelah di tepi sebelah lagi. Ikutlah, fikirlah sendiri.



3. Pilih gambar atau corak yang anda suka daripada serviette tadi.



4. Gunting gambar atau corak-corak tadi. Tak semesti gunting betul-betul di tepi corak tetapi tolong gunting dengan kemas. Jangan pula gunting sepenuhnya corak tadi dan tampal semula pada pinggan. No!No! No! Pilih ye.







5. Susun atur guntingan corak di atas pinggan, ikut kreativiti anda, seperti langkah 2.
Ingat guntingan corak tadi mesti bersambungan antara satu sama lain bila anda susun. Jangan pula overlap (teroverlap sikt tak apa). Mesti ada fokus!





Fokus di susunan ini ialah buah ceri merah di tengah-tengah.







Fokus di sini ialah kupu-kupu. Susunan bentuk C





Susunan bentuk tegak

6. Tanggalkan lapisan-lapisan kertas pada corak,( ada dua lapisan kertas perlu di tanggalkan). Dapatkan yang nipis iaitu corak asal. Buat satu persatu. Maksudnya, satu guntingan, satu guntingan . Jangan tanggalkan semua sekali.











7. Letakkan guntingan corak tadi atas pinggan ikut aturan langkah 5 (kadang-kadang terubah , tak mengapa). Sambil itu basahklan dengan gam yang telah dicampur dengan sedikit air. Gunakan berus. Jangan gunakan air sahaja, nanti kalau kering, guntingan corak itu akan tanggal dan terbang melayang.




Jalankan proses ini hingga selesai lakaran tampalan anda menjadi bentuk yang anda ingini. Proses tampalan gam dan air mesti 3 kali pusingan Biar kering dulu setiap pusingan, baru lakukan pusingan kedua dan ketiga.



Ingat, jangan ada 'bubble' (berbelon) atas corak yang telah di gam tadi. Gunakan berus tadi, mula dari tengah dan 'dab' (BI macam cicah, mengelap cara melompat) ketepi nak hilangkan angin, jangan seret berus nanti corak koyak sebab basah.







8. Siap.......biar kering 100%. Nak cepat? Gunalah hair dryer!








9. Ambil glass outliner dan highlight bahagian tertentu. Biar kering. Tak nak highlight pun boleh. Ikut suka masing-masing. Gold or silver outliner, mana-mana boleh. Tapi jangan guna yang macam pen artliner tu, tak timbul dan tak menarik.







Corak ini telah di highlight kan.






Bandingkan!



10 Spray dengan paint spray untuk kilat dan tahan. Spray 3 kali. Biar kering secukupnya.

OOoooooooppppssss belum ada imej lagi, belum siap dah. Lain episode pula ye.

Oh yes, pinggan yang berbunga tu hasil sifu saya , Puterihanglipoh.

Yang saya punya, bermotif buah ceri.....belum siap lagi.

Orite. Vimmy dan Kak Ezzah ada faham???? Ada soalan??? Sila tanya ye...


Kami buat aktiviti semalam, hari Ahad...4 jam baru siap. Kena tutup kipas dan pintu, takut guntingan terbang.


Sekarang ini jubin sinki bilik pun dah dihiasi dengan tissue painting!
Anda boleh hasilkan craft ini sebagai cenderahati kepada sahabat-sahabat. Nak berniaga pun boleh!

Episode ini akan bersambung .TUNGGU.............