SENAMAN PAGI LAGI

Sabtu. Pagi. Kali ini saya brisk walk di Perkampungan BS sambil merakam suasana waktu pagi  Masih pagi lagi. Masih sunyi. Aman. Segar. Lagi pula hari Sabtu. Tenanglah jalan mendaki  bukit.

 Penduduk  masih di dalam rumah. Kedengaran juga bunyi suara TV...Tanyalah Ustaz......
tetapi anak ayam turunnya enam dah keluar cari makan!
Hah,,,,ini dia pokok mempelam atau mangga. Muda lagi, belum masak. Ada beberapa pokok di tepi jalan.


Bergayutan mempelam muda. Entah masam entah manis. Rezeki siapakah mempelam ini?
Ada juga pokok jambu air. Tetapi buahnya masih kecil

 Pokok rambutan pun sedang berputik
 Nampak juga pokok ciku yang buahnya tidak begitu lebat.
Begitulah kalau kita ada halaman sendiri. Boleh tanam pokok apa yang kita suka. Tetapi kemungkinan besar pokok-pokok yang terdapat di halaman 'jiran-jiran ' di bukit ini dari biji buah yang dicampak satu masa dulu atau dibawa oleh burung. Kalau yang ditanam sendiri dari tunas sudah tentu buahnya dijaga dengan baik, di balut dengan kertas supaya tidak dimakan unggas atau burung.
Setelah 30 minit naik bukit dan turun bukit, saya singgah di kedai BB untuk beli sarapan.


 Setiap pagi siap sedia pelbagai kuih dan makanan. Kuih tradisional dan moden seperti piza dan donut yang dijual, telah siap sedia dalam plastik. Makanan 'berat'juga siap berbungkus, bukan dengan  'old newspaper'. Pilihlah apa yang berkenan,ikut selera kita....ada nasi kerabu, pelbagai nasi lemak, nasi impit, nasi minyak, mee/mi hun/kwayteow goireng, laksam, laksa......siapa cepat, dia dapat. Lambat, habis. Sememangnya, BB menjadi tumpuan lebih-pebih lagi sesi persekolahan.


Laluan balik ke rumah, ikut jalan besar. Ini lah Masjid perkampungan ini. Dengar berita tak lama hendak diroboh. Masyarakat sini akan dapat masjid baru!
Salah satu landskap di perkarangan masjid/ Pokok bunga kertas lebat bunganya.

45 minit senaman pagi. Segar badan rasanya. Tetapi hujung minggu dan hari cuti sahaja yang sesuai mendaki perkampungan ini. Hari lain, sibuk.......


2 comments:

  1. Syabas berjaya "meronda sambil berjalan kaki...."
    Saya pula pagi tadi "meronda dgn kereta" sepanjang jalan dari rumah ke bandar Kuantan semasa hantar Kak Nah ke program marhabannya.
    Sepanjang jalan dari Taman Sepakat hingga Batu 3 kelihatan pokok-pokok tepi jalan spti pokok taman di Melaka dah berbunga & berhamparan spti permaidani menutupi permukaan bumi.... tapi bunganya kurang lebat sikitlah...tak sempat snap fotonya pun memandangkan jalan ini laluan utama yg lalulintasnya bertali arus / tak putus-putus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam cuja,
      Hati-hati memandu tu, jangan asyik menikmati pokok-pokok berbubga tepi jalan. Bunga kurang lebat sebab sudah 'off season'. Salam ceria selalu!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.