PENCARIAN PASU 'STRAWBERRY'

Sudah lama saya mencari pasu stawberry. Rupanya begini....


Pasu tinggi yang mempunyai beberapa lubang sederhana besar di sekelilingnya.  Bukannya saya nak tanam strawberry tetapi ......saya cari imej dari google...ah...macam imej ini



 Unik, bukan?
BFF saya ada 3 pasu ini di laman rumahnya. Siap ditanam dengan pelbagai pokok dicelah-celah lubang yang ada. BFF kata pasu dibeli di Ipoh. Di Kuantan, ada tak?
Kami pun merayau ke nurseri-nurseri di bandar. Tau tak, penjual di nurseri kami singgah tak pernah dengar dan tak tahu 'strawberry pot' tu apa!!!! LOL...
BFF teringat dia pernah lalu di sebuah tapak yang menjual pasu sahaja. Letaknya di pinggir bandar.


Bila sampai di sana. tutup pula. Kami jengok ke dalam kawasan berpagar dan 'scan' antara pasu-pasu yang ada. Ha.......ada !!Kami ulang kali kedua. Pintu pagar bermangga lagi. ....
Lalu BFF siasat dari pengawal kilang yang terletak bersebelahan. BFF dapatkan  info tuan punya dan contact no.
Satu pagi, seperti yang dirancangkan, saya ke sana .  Dan inilah tuan punya .....

Puan Hajah bersama cucu, Farhanah. Sebenarnya beliau ada gerai makan yang 'berkhidmat' untuk pekerja-pekerja  kilang di sebelah. Tapak pasunya buka separuh hari sahaja, pagi. Pasu-pasu yang ada adalah stok lama. Bolehlah, harga pun berpatutan. Farhana menerangkan mereka sekarang menjual anak pokok di pasar tani. Pasu-pasu dipesan dari Ipoh rupanya.

Walaupun pasu strawberry 'Ipoh mali' yang ada tidak seperti dalam imej google,  pada saya, bolehlah.... Saya suka juga pasu-pasu berbentuk  'bakul'

Sekarang dah ada pasu, nak tanam pokok bunga apa ye? Jenis daun? Berbunga?

4 comments:

  1. Bila dah ada pasu pening pilih pokok pula tapi bila dah tengok hasilnya nanti mesti suka...senyum2...hati turut berbunga2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jun,
      Pokok-pokok yang dah ditanam, mesti dijaga untuk dapat hasil yang boleh membuat hati turut berbunga, Ha ha...

      Delete
  2. Salam..boleh saya tahu kedai pasu ni dimana. Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. Salam..boleh saya tahu kedai pasu ni dimana. Terima Kasih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.