Tapak parkir di hadaan UTC ini juga menjadi tapak pasar malam setiap petang Sabtu, malam Ahad. Jadi 'happening'lah bandar Kuantan di hujung minggu.
Tetapi saya tidak ke pasar tani pagi ini. Tak de apa nak dicari. Saya ke 'pasar pakaian' untuk mencuci mata.
Panas |
Seluar seronok? 'Casual pants' lah agaknya |
Pn Nazi dengan jubah...ada yang denim, 'cotton' |
Hari semakin panas. Pengunjung pasar tani dan pakaian semakin ramai.
Saya menapak ke Stadium Darul Makmur. Parkir kereta di sana.....tak berapa jauh, hanya senaman jalan pantas!
Saya ke pasaraya TM sahaja.
Beberapa hari lalu baca posting masih di Melaka sekarang dah sampai Kuantan pula ya..
ReplyDeleteLps ni jenguk pulalah pasaraya Nirwana Bt 3 ke.. Terus Maju Bt 6 ke.........tengok kelainannya pula kan....
Sebenarnya saya ada urusan di UTC. Jadi jenguklah suasana pasar tani. Pasaraya yg disenarai tu, biasa-biasa je.
DeleteSalam.
ReplyDeleteNampak cantikkan khemah2 pasar tani tu. Di sini kdg2 suami saya akan ke pasar tni di MEAPS serdang.