CARA MUDAH MENGHALAU NYAMUK

Kalau posting sebelum ini mengenai cara menangkap Cik Nya dan En Mos  serta famili yang dipanggil 'nyamuk', kali ini saya nak kongsi pula cara menghalau mereka. Saya  ambil dari Fb (bukan saya punya).
Cara ini SELAMAT dan BERKESAN juga MUDAH. Murah pula tu!!
Anda hanya potong separuh beberapa limau nipis.
 Kemudian tekan beberapa batang (kuntum) bunga cengkih.

Macam cantik aje....

Letaklah bawa meja ke, tepi katil ke.....
Sang nyamuk tak berkenan bau cengkih dan asam limau!
Tapi ingat, rajin-rajin cuci atau basuh kaki tu. Nyamuk suka bau kaki yang busuk, okey......

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak hajjah,
    terima kasih berkongsi tips ini, sangat berguna...apalagi saya pun baru dalam fasa pemulihan akibat si aedes yang tak kenal sesiapa itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Patutlah menyepi. Semoga cik t sihat segar segera. Hapuskan cik mok!

      Delete
  2. cantik la pulak. boleh buat hiasan tu.

    ReplyDelete
  3. Aina sekarang tidur guna 2 ubat nyamuk, satu letrik satu lagi yg asap tu. Terpaksa nyamuk banyak sangat walapun rumah di tingkat 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg asap tu buat akak bersin. Tak try guna kelambu?

      Delete
  4. ahaha..cantik ubat nyamuk tu. musim panas ni memang banyak nyamuk,,setakat ni guna JUMBO, ok lak. takde bau, senang tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu pagi dan senja byk yg terperangkap.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.