MARI MEMBACA

Di Popular, nampak macam best je  cerita nya. Diskaun untuk ahli.

Bila lah nak baca 'My Dear Sister'

Di MPH pula, juga ada diskaun untuk pesara.

Bagaimana ye?
Buku ini juga banyak maklumat. Nak tahu....


Yang terlebih indah dalamnya ada curahan hati seorang pesakit yang amat saya hormati. Kak Hjh Ridzwan Ahmad. Saya kenal  Kk Rid sewaktu di kampus UM dahulu, lama dah. Masa tu saya tahun Tiga, Kk Rid masuk lewat. Tahun 1. Kami duduk di Asrama ke Kelima (Fifth College). Sebelum menyambung pengajian, Kk Rid mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Kedah. Bak kata, Kk Rid ni "mahasitua". Kk  Rid sporting orangnya. Semasa  Minggu Orietasi untuk pelajar baru, Kk Rid buat apa yang disuruh oleh seniors seperti pelajar-pelajar bary yang lain yang jauh lebih muda. Dia tak kisah. Bagus betul Kk Rid. Sentiasa ceria. cergas dan senyum sokmo!!! Wajah happy lah!
Sesudah itu kami tak bersua hinggalah semasa sama-sama berkhidmat di Bahagian Pendidikan Guru. Saya di maktab perguruan dan Kk Rid di Kementerian. Kakak saya selalu kata orang lain nampak wajah kakak dan Kk Rid seakan-akan. Mungkin juga....
 Dalam buku ini ada bahagian  jurnal beberapa orang pesakit . Ada 12 Jurnal, penceritaan semula pengalaman  sebenar  pesakit-pesakit pelbagai kanser,  Terus saya beli buku ini untuk mengetahui bagaimana Kk Rid berjuang penyakit ini, "Hidupku Untuk Tuhan, Sahabatku Adalah Al Quran"
 Di mana KK Rid sekarang?  Bagaimana kesihatan beliau?  Sudah beransur pulih kah beliau? Kk Hjh Ridwan binti Ahmad memang seorang yang baik. Semoga Allah SWT berkati hidup Kk Rid, diberi kesabaran berpanjangan dan dipermudahkan Nya segala urusan hidup seharian KK Rid dan famili. Aamiin.


Ini anak Kk Rid yang menjaga ibunya dengan setia dan sayang

Saya petik
"Sudah 11 tahun berjuang dengan kanser. Hari ini saya masih bernyawa walaupun pada usia lewat, ALLAH SWT Maha mengetahui. Usah berputus asa, berdoa dan pintalah bantuan daripada-Nya,"

7 comments:

  1. Assalamualaikum kak hajjah,
    Berjumpa kembali dengan warna yang ceria ini.
    Saya juga suka membaca walaupun kekadang ambil masa yang lama untuk menghabiskan sesebuah buku. (tp sy tak suka baca novel, tak pernah habis sebuah novel pun)

    ReplyDelete
  2. Wah lama sungguh vrooooom ye. Dah beres pindah rmh? Akak beli, ambil masa jg nk baca. Baca sikit2. .

    ReplyDelete
  3. pernah dipinjamkan buku ni masa bad sakit..tak sempat nak baca... semoga insan istimewa Pn Hjh Ridzwan dianugerah sebaik-baik balasan dari ketabahan beliau menghadapi ujian tuhan kan Alang.. Jgn bersedih puan sesungguhnya Allah bersama-sama orang yg sabar..org yg sabar di duga dengan penyakit...akan dipakaikan dengan pakaian syurga kesudahannya. Al-fatiha buat si buah hati yg tabah juga dengan hadiah penyakit kanser dari Allah.. : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu terbayang wajah tenang arwah buah hati mk cu, dgn senyumannya. Al Fatihah buat arwah n doa kesabaran buat kk ridzan.

      Delete
  4. Salam.
    Setiap kali ke kedai buku ada saja buku baru, tak terikut dibuatnya. memang skrg byk diskaun, ada sampai 25 %. ni pulak musim pesta buku sana sini. saya nak tunggu pesta buku antarabangsa je, i hb mei insyallah boleh jumpa prof Kamil/roza.
    buku bwh tu nak belilah..

    ReplyDelete
  5. Saya suka beli buku. Bacanya bila ada mood Lebih baca blog lagi. Hi hi. Kalau sy ke pesta buku lgilah tk terbeli sbb x tau nk pilih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.