RESEPI AGAR-AGAR ROTI

Resepi ini sebenarnya saya ambil daripada laman-laman resepi di google. Ambil sana sini dan ubahsuai, Mudah membuatnya. 

Ambil 4 keping roti, Kulit tepinya nak dibuang boleh, tak dibuang tak mengapa. Kalau dibuang, bancuhan nampak putih, kalau tidak , bancuhan ke 'cokelatan 'sikit .Hi Hi...
 Carik-carikkan roti tadi, koyak-koyakkan. Masuk ke dalam mangkuk. Tuangkan lebih kurang 1/2 cawan susu cair ke atas roti. Rendam roti hingga kembang. Kemudian ambil sebiji telur, pukul-pukul telur sebentar dan masukkan ke dalam rendaman roti tadi. Biarkan hingga betul-betul kembang.
Sementara itu rebus 1/2 paket agar-agar tali dengan 5 cawan air. (boleh juga guna agar-agar serbuk) Rebus hingga agar-agar hancur, Bila dah hancur, masukkan sesenduk dua gula. (ikut rasa kemanisan masing-masing). Bubuh setitik esen vanilla atau  sehelai daun pandan. Rebus hingga gula larut. Jangan lupa juga sediakan pewarna untuk kita buat pelangi. Sediakan juga mangkuk-mangkuk untuk bancuhan yang akan diwarnakan nanti.
Beralih kepada rendaman roti tadi. Kalau suka boleh tambah 2  sudu besar susu pekat. Kalau nak rasa manis agar-agar nanti.Rendaman roti tadi diblend. Blend, blend, blend sampai bancuhan halus tak ada 'residue' atau hampas roti. Bancuhan bersatu. Kalau ada sisa-sisa roti yang tak hancur, elok ditapis, Ambil yang 'pure,' tak ada hampas roti. Masukkan bancuhan yang telah diblend.(dan ditapis) ke dalam periuk agar-aga tadi . Kacau, kacau, kacau hingga  bancuhan agar-agar dan roti menggelegak. Sudah itu, asingkan agar-agar tadi ke dalam tiga mangkuk. Tak semesti tiga, dua boleh, empat boleh. Ikut kreativiti kita. Setiap satu mangkuk, titiskan setitik pewarna. Satu bancuhan merah, yang lain hijau ke, kuning ke.....warna ikut kita. Ambil acuan agar-agar atau loyang. Tuangkan satu warna bancuhan diikuti dengan bancuhan warna lain. Tak perlu tunggu agar-agar keras. Habis semua, ketepikan sebelum disejukkan dalam 'fridge'

Dengan mengikut cara yang  sama, kita boleh ganti warna pelangi dengan milo.Jadilah dia agar-agar roti milo. ha ha.......senangkan.

Pn MM@Nanie....bolehlah mencuba agar-agar roti ni ye......jangan terlebih air, jadi puding agar-agar...



6 comments:

  1. Bab makan2 ni yg penting rajin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg berkata wanita sekarang pandai masak ( byk references) tapi tak rajin masak dibanding dgn wanita dahulu, tak pandai masak tapi rajin..

      Delete
  2. Roti ada, susu ada, agaq2 pun ada....harap2 sat lagj rajin pun Ada... kalau rajin x dak... kena suruh budak2 la buat

    ReplyDelete
  3. Salam makchaq,
    Pemanis mudah, budak-buidak pun boleh buat

    ReplyDelete
  4. Salam Hajah,
    TQ so much Hjh, bila MM cuba resipi ni, tayang kat blog..hihihihi
    faberet amat2 ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.