JEJAK SENI TAMAN




Ada juga tarikan semasa menjejak warisan. Sebelah kiri ialah rimbunan pokok menjalar berbunga kuning. Terdapat di kaki lima sebuah kedai lama di Ipoh, Berapa lama agaknya ia menjalar untuk sampai ke puncak, sampai nak ke tingkap tingkat atas?









Gambar sebelah kanan ialah di mana pokok berbunga kuning  bermula. Pokok menjalar membelit dawai tersusun umpama pagar. Ada juga saya tanam pokok ini tetapi tak mau menjadi. Separuh jalan, kering!.






 


Besarnya 'kerusi besi'! Dulu ia dipenuihi dengan bijeh timah.
"Kerusi besi' ini sebenarnya 'bucket' atau 'baldi' yang terdapat pada 'tin dredge' atau 'kapal korek bijeh timah' Kini ia terletak di laman Pusat Pelancongan Ipoh sebagai tempat mengumpul rumput kering. 







Kalau ada cerek lama, jangan dibuang. Jadikan bekas tanaman . Nampak tak 'katak jadian' tertenggek atas kolam.







Saya suka bentuk pokok palma di laman Pusat Pelancongan Ipoh

Seni taman ini dirakamkan di bahagian pekan lama IPOH.





3 comments:

  1. uniknya 'kerusi besi' tu, besar pulak. Ada free saya nak pegi cari tempat ni. Satu tempat lagi saya tak pernah sampai, Kellie's Castle di Batu Gajah...

    ReplyDelete
  2. Saya pun belum sampai Kellie's Castle yang penuh misteri.

    ReplyDelete
  3. Seni taman pun menarik perhatian juga. Boleh jadi inspirasi utk taman rumahku....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.