MARI GEMBIRAKAN ANAK-ANAK YATIM

Hari ini Khamis, 29 Syawal. Esok 30 Syawal.....
Sebelum Syawal tahun ini meninggalkan kita, PPP (WI) Cawangan Bukit Baru, Melaka telah mengadakan majlis Silaturrahim Aidil Fitri pada hari Rabu 4 September 2013 bersamaan 28 Syawal 1434. Majlis ini bukan sahaja bagi mengeratkan ukhwah antara ahli tetapi juga meraikan anak-anak yatim dari sebuah rumah anak yatim di Melaka. Majlis telah diadakan di laman  rumah salah seorang AJK di Taman Putera. Suasana ceria, warna warni telah dipenuhi dengan penyampaian sumbangan duit raya serta  persembahan kumpulan anak yatim. 'Koir' AJK turut menggembirakan tetamu.  Gambar-gambar bercerita.....
'Selamat Hai Raya'  kalau dah dapat mic!

Sampai dah....

Sepatah dua kata daripada Pn Hjh Hapipah Hj Mahat, (Pengerusi)

'Balik kampung, oh oh oh'......'Aku anak kampung tiada apa-apa'
alunan koir anak-anak yatim

'Ya hanana' dengan iringan suara Nek Ngah dan Nek Wan

Bila nak makan..kami lapar!! Kesiannya!

Penyampaian duit raya

Majlis bersurai dengan selawat Nabi SAW

Sudah pasti hidangan lazat
Semoga hidup kita diberkati Allah dan pulang nanti di redhoi Allah SWT.....Ameeeen

6 comments:

  1. Saya pun berdoa semoga Allah memberkati kita semua dunia & akhirat. Semoga berjumpa lagi dgn Syawal akan datang & meraikannya dgn penuh kesyukuran. Amiiiinnn.

    ReplyDelete
  2. Bagus kalu dapat gembirakan anak yatim... Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Pintu syurga terbuka luas bagi hamba-hambanya yang mengembirakan anak-anak yatim In Sya Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.