HANOI: MAKAN 'VIETNAM STYLE'





Biasa dilihat di HANOI. Di ruang laluan jalan  kaki (pathway) di tepi jalan, banyak terdapat 'gerai' makan seperti ini. Pelanggan menikmati makanan yang dihidangkan atas meja kecil dan rendah, Begitu juga yang menjual, menyediakan makanan sambil duduk di atas bangku seperti itu juga. Duduk pula atas bangku-bangku plastik  comel dan rendah. Saya perhati juga kebanyakan set meja dan kerusi berwarna biru. Mereka tak kisah habuk ke, bersih ke???Saje je mereka makan. Yang duduk mesti yang saiz M ata S. Kaki dan lutut mesti sihat, beb! Memang saya perhatikan  orang di sini slim dan sederhana (termasuk yang lelaki). Susah nak cari yang gemuk atau yang boroi (kata orang 'bunting gajah'). Jadi sesuailah mereka duduk kerusi yang comel ini.
Bagaimana kalau kita kembalikan nostalgia makan 'Vietnam style' di tempat kita?

12 comments:

  1. Viet style boleh juga tetapi lebih baik kita kembalikan budaya Melayu lama yang makan dengan duduk bersila atas lantai @ makan dengan letak pinggan mangkuk atas meja rendah " meja Jepun ". Yg saya perhatikan bukan di Hanoi je orangnya slim di HCMC pun begitu belaka terutama muda mudinya. Apa rahsia diet mereka? Diet seimbang agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan saya: di Melaka satu masa dulu ada penjaja berniaga stail begini, macam food court tapi di tempat lapang seperti taman permainan, tepi padang, bawah pokok..open air. Ada yang jual kerang rebus, sotong bakar, rojak, sate, sup, rojak kangkung, nasi gunting, mee mamak ..yummy yummy..Konsepnya macam makan Vietnam style. Mungkin sekarang ada pengusaha kedai makan atau penjaja cuba nak kembalikan style ini. Yang dah berymur pun slim menyelim. Bangunan rumah mereka pun tinggi dan slim. Agaknya mereka ikut bentuk peta Vietnam, panjang mengurus.
      ha ha ha

      Delete
  2. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak hajjah,
    Betul kan orang Vietnam ni slim je, satu lagi orang Indon, saiznya macam sama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik T,
      Wanita Vietnam bukan saje slim, tapi manis, mata bulat macam buah longan mereka, Yang jejaka tua dan muda perut kempis. Orang di negara kita yang pelbagai bentuk dan saiz. 8-)

      Delete
  4. Alahai...seronok nya makan angin.....saya suka tengok gambar alang..rasa macam mengamit2 jer srh datang sana..

    ReplyDelete
  5. pemandangan sama mcm di Vietnam juga :)
    susah nak jumpa size XXL disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      Aunty nak buat penjelasan. Vietnam ialah nama negara.Hanoi dan HCMC, dua bandaraya di Vietnam. Hanoi, ibu negara Vietnam. Letaknya di bahagian Utara Vietnam. Ho Chi Min City (HCMC) atau nama lamanya, Saigon, pusat commercial, bandar yang ternama untuk shopping, letak di selatan. Misalnya, KL ibu negara Malaysia (untuk Hanoi), Johor baru, selatan (untuk HCMC). Ramai orang kita keliru, pada mereka Saigon atau HCMC ialah Vietnam. Semoga Irfa jelas sekarang ye.

      Delete
    2. hehe,betul tu.dah biasa sebut hcmc sbg vietnam
      sbb mmg budak2 keje airport kalau berniaga diorang akan sebut
      'jom ke vietnam hujung minggu ni' vietnam bagi kami ialah hcmc je

      tq utk penjelasan lanjut ;)

      Delete
    3. Irfa,
      Memang betul. Kepada mereka, Saigon=Vietnam, Vietnam=Saigon Hanoi bukan dalam lis mereka. Kalau tak dibetulkan, sampai ke anak cucu, kekeliruan ini kekal.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.