HANOI: 'SHOPPING' CARI KITA!

 

Pagi lagi mereka menunggu kita di tangga hotel
Pandai pula mereka menjejak kita.
Penjual yang sama akan menunggu kita di luar restoren
Sebelum bas sampai hotel, mereka telah sedia menunggu .
 Malam pun mereka tunggu dengan sabar,
mana tahu, ada rezeki.
Mereka merayu, memujuk kita membeli kraftangan
Ada yang paksa secara lembut, kelakar sungguh
'Purse' sulaman, baju T, bag tote, topi, rambutan, pisang
Jangan menyesal tak beli, murah!!!
Tak payah susah-susah ke kedai mencari ole-ole.
Saya suka perhatikan gelagat penjual dan pembeli
apabila
'Shopping' datang cari kita
itu yang best!!!


8 comments:

  1. Kekadang elok kita beli pada depa ni
    Lebih murah dari beli di kedai...
    Dan kadang2 kita tak jumpa kat kedai secantik dan semurah yg depa tawarkan
    Menyesal jika tak beli...

    ReplyDelete
    Replies

    1. Boleh buat kawan juga. Mereka sabar dan tidak putus asa jika kita tidak jadi beli,

      Delete
  2. Good idea tu. Akan praktikkan jika ikut rombongan lawatan sedemikian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti pandai tawar menawar. Ada juga yang kira berkenan, dia tak ada bekalan. Last minute shopping bolehlah!

      Delete
  3. Orang2 Vietnam ni berusaha keras untuk bangkit dari kesengsaraan yang pernah dilalui dulu. Kemerdekaan terhasil dari tumpahan darah menjadikan mereka kental, rajin, sabar dan tak putus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju 100% pendapat Cik T. Mereka berpengalaman hidup susah. Bagi mereka nak dapat kekayaan mesti berusaha keras dan sabar. Kemerdekaan pun bukan datang menggolek. Kedatangan pelancong ke negara mereka amat dinanti.Negara mereka, saya tengok sedang berkembanag perlahan-lahan. Hanya jalan raya ke tempat pelancongan masih perlu di'upgrade.' Cik T sudah pernah ke sana?

      Delete
    2. Sudah kak sekali tahun lepas. Ada plan ke sana lagi hujung tahun ni, In Sya Allah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.