HA LONG BAY: YANG TERINDAH

Ha Long Bay, 4 jam perjalanan ke timur Hanoi,  telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO bagi kategori alam semulajadi. Jadi lawatan ke Ha Long Bay sudah semestinya dalam agenda lawatan kami ke Hanoi. Kami  tidak bermalam di sana  tetapi 'day trip' sahaja.
antara pemandangan, sawah padi
Dalam perjalanan kami berhenti rihat di sebuah kompleks yang menjual pelbagai kraftangan tempatan, pakaian, perhiasan rumah serta makanan kering popular di Vietnam (jajan Vietnam). Memang 'standard'lah kraftangannya sesuai juga dengan harganya,beratus-ratus  ribu dong nya, mah. 


Tetapi kalau hati sudah suka, apa lagi........biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli. ha ha.....
Sampai di jeti di bandar Ha Long. En Lam, pemandu pelancong kami, telah pun menguruskan tiket cruise. Hanya kami dalam satu kapal, tak campur dengan pelancong-pelancong lain.



 Dari jeti kelihatan kapal cruise keluar masuk. Atas bumbung ada tempat duduk untuk rihat-rihat, boleh berdiri, duduk, baring sambil melihat alam sekeliling semasa cruising. 

Kami juga mengerjakan solat jamak zohor -asar di atas deck  yang berangin ini. Bagi mereka yang takut panas dan gerun air laut, bolehlah pilih rihat-rihat, lepak-lepak di bawah sahaja, tempat berteduh yang juga merupakan dewan makan.

 Kami makan tengahari dengan hidangan makan laut seperti udang, sotong, ikan . Minuman sendiri bayar, okey!

 Oh ye, jangan asyik makan aje hingga terlupa memandang sekeling menikmati keindahan pulau-pulau batu kapur yang berbagai bentuk. Amatlah cantik pemandangan di sini. Kapal akan melalui celah-celah atau hampir-hampir dengan pulau berbatu yang banyak sekeliling perairan. Memang menarik dan indah!!!Memang patutlah Ha Long Bay diberi pengiktirafan.

 Sambil cruising ada sebuah bot nelayan datang hampir cruise. Rupanya ada sekeluarga menjual pisang.  Kakak puas 'photoshoot' keluarga ini. Sebagai upah (kesian)kakak  belilah  sebakul (kecil) pisang dengan USD1. 


Setelah lebih kurang 1 jam cruising, kami singgah di salah sebuah pulau batu kapur untuk meneroka gua pula. 



Untuk menuju ke gua ini, kami perlu mendaki kurang lebih 100 anak tangga. Mereka yang ada masalah lutut, fikirlah dua atau beberapa kali. Dare to climb!! Tercungap juga, weh!!!!

Dalam gua ada banyak stalaktait dan stalagmait dalam pelbagai bentuk. (teringat pelajaran geografi) Bukan itu sahaja, gua lebih cantik dengan hiasan cahaya lampu berwarna warni. 

terang
menarik
cahaya

En Lam puaslah nak bercerita menerangkan tentang kejadian dan sejarah gua-gua tetapi kami lebih menikmati keindahannya. Cukup cantik ^-^ !. Naik tangga turun tangga. lantai basah dengan titisan air sejuk dari 'bumbung' gua. Jadi awas, dinasihatkan pakai kasut yang tapaknya 'mengcengkam' bila ke sini, Kami berada di sini dalam 1 jam,sungguh  sejuk dan nyaman. 
Sudah puas,  kami turun semula ke jeti dengan mengikuti jalan yang lain. Di sini ada gerai-gerai menjual cenderamata.


Kapal cruise sudah menunggu tetapi jangan  tersalah naik. Pastikan no kapal. Kapal kami No 48. Kami pun belayar ke jeti semula
Sampai di jeti, bas sudah menunggu. Dalam perjalanan balik sekali lagi singgah di Kompleks Kraftangan  tadi. Mereka ingin membeli, diberi peluang sekali lagi untuk mendapatkan  yang berkenan di hati. Jangan termimpi-mimpi pula! Yang pilih ke sini,



Sampai di Hanoi setelah 4 jam perjalanan dari Ha Long Bay. Sungguh letih tetapi puas, satu perjalanan yang menarik dan indah!

Selamat tinggal Ha Long Bay........
Terima kasih  ya Allah...

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak,
    Wah seronoknya bercuti, tersimpan memori indah ni.

    ReplyDelete
  2. Kak Hajah Nora...
    memang indah pemandangan di Ha Long Bay...
    saya tak memanjat bukit batu kapur tu sebab masa tu aisyah baru berumur setahun.. rasa bahaya nak panjat2 anak tangga yang curam dan tinggi tu.
    tapi keseluruhannya pengalaman di Ha Long bay mmg yg terindah.

    ReplyDelete
  3. Program yang sungguh mencabar daya tenaga & ketahanan fizikal!
    Syabas berjaya melaluinya. Atas kapal cruise makanannya halal ke?

    ReplyDelete
  4. salam,
    Terimaksih. Baca tu rasa mcm ikut sama mengembara.
    Ha belajar Nu dan Nam!
    Kami tunggu episod seterusnya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.