'Itik' kuek-kuek dua alam

Pernah dengar kenderaan 'itik' dua alam? Dia boleh bergerak di darat dan di laut. Untuk penjelasan, lihat gambar-gambar ini. Saya pinjam dari Duck Tour Adventure in Historical City Melaka



Mula-mula dia bawa pelancong jalan-jalan di darat, kawasan Melaka Raya. Kemudian dia belayar pula di Selat Melaka.

Duck Tour merupakan salah satu tarikan pelancong di Melaka.  Kami orang di Melaka selalu tengok  orang luar yang berminat naik kenderaan 'itik' dua alam ini. Apa seronoknya ye? Jom, kita rasa pula.  Oleh itu pagi tadi, seramai 17 orang kumpulan senaman pagi atau taici WI Bukit Baru Melaka telah merasa naik 'itik kuek-kuek'.  Hujan lebat pagi tadi. Laut bergelombang. Tapi kami teruskan projek . Bersama kami ialah pelancong dari Sarawak.

Hujan dah teduh, mari kita mula. Nanti ambil gambar dulu

Orang Melaka duduk depan, orang Sarawak duduk belakang. Tension!!
 Kami dihiburkan dengan lagu dondang sayang.

Hari hujan. Gambar pun ditaburi dengan rintik-rintik hujan! Tingkap ditutup dengan lapisan plastik untuk mengelakkan tempias hujan dan air laut.
Dari Melaka Raya kami ke Pulau Melaka 

Antara projek yang akan siap hujung tahun ini, kata pemandu 'itik' kami
Sebuah Bandar Arab di Pulau Melaka. Ngapa lambat siap ni?
Biasa lihat Mesjid Selat dari darat. Ini dari laut pula
Laut bergelombang, nuuun bangunan pinggir pantai, Melaka Raya
Tak jauh ke laut pun. Kalau tidak mau sampai seberang sana!
Macam mana rasanya, suka ? Berbaloi ke dengan RM27 (untuk warga emas)naik 'itik' 45 minit?
Dah sampai! Eeee, pening juga!
Tak pe kita makan dulu. Ada orang murah hati belanja
Apa lagi, dah belayar dipukul dek gelombang, perut pun lapar. Lauk pula masak asam pedas ikan tenggiri, Gulai lemak daging salai, kerabu mangga, telur dadar, ulam dan sambal belacan. Airnya teh O limau panas. Pencuci mulutnya, puding karamel...manis wei!!




Lapar, licin pinggan. Selalu makan 'nasi separuh, dek' kali ni abis pulak satu pinggan!!



Nak naik ' Duck Tour' lagi?
Biarlah pelancong luar Melaka beri komen.








10 comments:

  1. tak tau plk ada itik gembo gembo ni....tapi mahal nya tambang nya...kalau family ada 10 orang..mau robek poket abah nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ezza,
      Ramai pelancong kata tiket mahal tapi naik juga.
      Tiket pricey sebab nak maintain si itik gembo2. Kalau nak tau lebih lagi, Ezza browse ka google. Banyak cerita ada.

      Delete
  2. Wah nanti nak googlelah, nampak menarik, tak pernah tau pun.
    Berbaloi tak? Berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju,
      Masa kami naik hari tu, renyai2.laut bergelombang, tak berapa enjoylah. Mungkin ok kalau cuaca cerah. Petang 6 ptg, matahari terbenam, cantik agaknya. 45 min sekali round.Warga emas RM27.00

      Delete
  3. As salam hajah,
    Kat langkawi pn ada itik dua alam ni. Lokasinya, Cable Car Gunung Machicang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Akak belum pernah ke sana. Nanti google dulu, ok?

      Delete
  4. Wow, semakin hebat jenis2 tarikan pelancong di bumi berTuah ni. Warga emas RM27, dewasa kena lebihlah, ya Hjh? Geli hati lihat kesan itik-itik satu alam menduakan alam. Boleh menggugat hidangan, yang enaknya memang terbilang.

    Sempena kedatangan Ramadhan, banyak2 maaf, ya Hjh. Selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga segala ibadah sepanjang bulan mulia ini diberkati & diterima Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temuk,
      Macam-macam ada di Melaka. Saya amiiinkan doa Temuk. Selamat menyambut Ramadhan juga kepada Temuk sekeluarga. Banyak2 maaf juga dari saya.

      Delete
  5. Pernah sekali naik itik di singapura tapi itik melaka kita belum pernah naik. Seronok ke agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajah,
      Kalau cuaca okey, laut tak bergelora. okey agaknya.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.