Sunyi tapi tetap meriah

Di majlis perkahwinan Syafa anak my BFF in Kuantan, Pn Hjh Farida,  Cuaca pula hujan sebentar sebelah pagi.  Matahari terang benderang bila majlis berlangsung.Kemudian redup dan beranginserta hujann renyai apabila majlis hampir selesai.
Majlis sunyi..Tiada kedengaran lagu-lagu dan muzik serta  celoteh  DJ, tiada pukulan kompang mengalukan kedatangan pengantin lelaki, tiada silat menyambut pengantin ,tiada acara renjis merenjis dan berhinai, tiada acara memotong kek...hanya kedengaran suara-suara dan sibuknya tuan rumah dan tetamu. Ada pelamin yang direka indah. Pelamin hanya untuk 'raja sehari' bersemayam untuk  bergambar dengan sanak saudara dan tetamu sebagai kenangan.  Hidangan makanan juga sedap..nasi minyak atau nasi putih bersama ayam masak merah, opor daging, dalca, jelatah, serta acar buah. Buah oren sebagai pencuci mulut. Sunyi tetapi meriah dan berwarna warni.

Meja utama . Tema warna, unggu
Siap sedia, Orang sebelah dah sampai!!
Senyum seorang 'Raja'. Nampak peramah orangnya

'Permaisuri' menyambut sambil tersenyum malu

Bertemu akhirnya, sama cantik sama padan

Famili Hjh Farida bergambar bersama tetamu VVIP (tiada protokol)

Tidak ketinggalan bersama VVIP yang ini juga, jauh datang dari Melaka, tau!
Raja sehari menjadi tumpuan...shoot,shoot,shoot, emak pengantin tersenyum riang, bapa saudara juga
Bersedia untuk acara makan suap menyuap
 Antara yang hadir...kawan-kawan lama
Antara hantaran, yang purple daripada yang menunggu. Siapa lagi yang mengubahnya kalau bukan emak pengantin perempuan!

Dalam goodybag...semuanya wangi belaka! Kusyen-kusyen comel hasil kraf Hjh Farida

Ya, itu dia, segala yang dirancangkan berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.
Hjh Farida: Boleh Pengetua?
Saya: Tahniah!  Sekarang awak boleh tidur nyenyak.
Tahniah  Syafa dan Azman. Selamat semuanya dan semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Ameen.....

4 comments:

  1. SaYA pun suka majlis tanpa dj dan lagu2 ni, senang nak bersembang dengan rakan2 yang dah lama tak jumpa..

    ReplyDelete
  2. Salam mycikgukita,
    Juga dapat makan dengan aman dan damai. Terima kasih cg.

    ReplyDelete
  3. Majoriti majlis kahwin memang mesti ada set muzik atau live band. Alasan untuk memeriahkan dan meriuhkan majlis. Kadang2 nak bersembang pun susah.

    Ada tuan rumah, tak berapa nak suka tapi bila buat majlis gitu, kata pendapat sedara mara jiran tetangga kena juga nak diikut. Serba salah.

    ReplyDelete
  4. Salam AA.
    Mungkin tuan rumah tidak mahu mengganggu jiran-jiran khasnya di taman perumahan dengan dengannya set muzik atau live band.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.