Sabtu yang lalu

Okey, kita tangguh pelaporan adventure in Kuching.  Sebab, ada nak share yang terkini
Pagi Sabtu semalam, saya join kumpulan marhaban  LKPI Melaka Tengah ke majlis khatam Quran  di sebuah rumah kenalan di Bukit Baru. Sebagai memberkati majlis, hadirin membaca surah yassin, tahlil, doa khatam Quran oleh pengantin (adalah sebabnya) diikuti dengan bacaan  selawat  ke atas nabi.  Untuk menceriakan lagi majlis dan untuk menghiburkan pengantin, diadakan pula persembahan marhaban bergendang.
Pengantin dan bondanya, Datin Hasiah (berbaju hijau) seiras.

Orang lama membawa selawat Nabi
Pelapis ikut
Hebat pukulan kompang Mak Timah, orang lama
dan nyanyian suara merdu "Selamat pengantin baru, kami ucapkan..."
saya tak tahu pukul kompang, tapi marakas okey!
Malam pula,
Rancangan ke SDSI showcase ditangguhkan.
Peristiwa ini last berlaku pada 1957, 54 tahun yang lalu. Tidak boleh tidak, mesti tunggu dan lihat.
Ceritanya di sini
Clear juga dengan teropong ini. Nampak bulan 'dimakan' matahari

menunggu gerhana bulan di BC
Maha suci Allah!!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.