Jom belajar

Hari ini ada'relief teacher' lah, ganti teacher Nek Lang. Abang nampak gembira dengan guru ganti ini. Bersemangat dia membaca.
Hari ini Abang 'khatam' Buku 2A. Walaupun masih ada perkataan, walaupun disebut berulangkali,  susah nak disebut. Tapi tak apa, abang, kita akan ulang lagi sampai abang dapat baca dengan lancar. Sebagai hadiah usahanya, saya benarkan abang bawa balik Buku 2A.
'Nanti baca pada ma di rumah, ya'.
Senyum lebar abang.
Dengar daripada ibunya, 'abang nak tuisyen dengan Nek Lang tahun depan'
Biar betul, abang!

Seorang lagi yang 'serah diri' tuisyen masa cuti sekolah dengan Nek Lang
Kakak ni pula Tahun 6, calon UPSR tahun depan. Setiap pagi datang. Tamat tuisyen, tak balik rumah (sebelah aje rumah dia). Main dengan budak-budak di rumah ni sampailah petang. Siap makan, minum, baring-baring, main-main, ketawa-ketawa, tidur.....siap pakej tuisyen!

Ada juga kelas mengaji al Quran.  Ustazah Nek Ngah yang membimbing. Nah ni, relief teacher tadi sedang mengaji.

Kalaulah setiap petang mereka tolong kerja-kerja mengemas ini

Semoga semangat mahu belajar ini tidak patah di tengah jalan....

8 comments:

  1. assalamualaikum Kak Hjh - saya dah dapat agak rumah kak ni...one day I'll drop by!insyaAllah.
    ....Cikgu sepanjang hayat !

    ReplyDelete
  2. Salam kak hajah. Tu buku peter and jane tu ye.. rajin nek lang ngisi masa lapang.

    ReplyDelete
  3. Salam cg SAK,
    So now, you've recognised the house.Make sure you introduce yourself, ya.

    ReplyDelete
  4. Salam hajah,
    Ya, buku Peter n Jane banyak membantu. Sorang dua boleh lah layan, hajah

    ReplyDelete
  5. Nek Lang ni rajin melayan . . pokok-popkok lah, rumput lah, ikan lah, budak-budak lah, Nek Ngah lah. . . Thank you Nek Lang!

    ReplyDelete
  6. Tabik spring dengan semangat dan usaha akak tu...

    ReplyDelete
  7. Tabik spring juga kepada HM CG AA yang penuh semangat mengharumkan nama sekolahnya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.