'Adventure' 1

Mari kita teroka Sarawak Cultural Village yang merupakan lawatan wajib. Melawat Perkampungan Budaya Sarawak umpama melawat seluruh Sarawak. Banyak sudah ditulis tentang perkampungan ini, google aje lah. Walaupun ini kali ketiga saya ke sini, masih tak jemu. Saya lihat ada juga nilaitambah pada rumah-rumah yang ada. Rasa penat  sebab teroka rumah ke rumah, naik tangga turun tangga, letih ma!Rumah tinggi-tinggi, tangga-tangga pula guna batang pokok atau buluh. Sesiapa yang sakit lutut, sori lah duduk sahaja di bawah. Tapi member nampak puas hati. Dapatlah pelajaran tentang cara hidup suku kaum di Sarawak ini. Lihat sahaja gambar-gambar ini.

Kan tinggi tu?

mendengar dengan minat penerangan En Rosli. Yang dipegangnya itu ialah alat yang digunakan untuk merokok
Sudut dapur, lupa rumah siapa.

Meniti di jambatan buluh, kena hati-hati sebab lantainya buluh 2 jalur
turun tangga daripada batang pokok yang ditetak-tetak
Cubaan meniup sumpit...tak kena!
 amboi 'gitar'nya panjang. Rupa ada sama tak?
Dalam teater. Menunggu persembahan tarian kebudayaan Sarawak

6 comments:

  1. suka gi Sarawak...terutama Kg Budaya ni...best!

    ReplyDelete
  2. Lerr...
    tengok tangga tu, sah sah ler saya duduk kat bawah jer...satu tinggi..satu lagi halus sangat..kang ada yang masuk TV sebab headline nya Tangga di perkampungan Budaya Serawak runtuh..siap ada gambar sekali....hahahaha

    ReplyDelete
  3. Cg SAK
    Saya juga begitu. Actually, saya suka melawat Kuching.

    ReplyDelete
  4. Ezza,
    Ezza pergi rumah Melayu dengan rumah China ajelah!

    ReplyDelete
  5. masa sy p bln 5 haritu, diorg tgh renovatye umh panjang..tapi bab show kat ctu..mmg tumbs up!

    ReplyDelete
  6. Salam PB,
    Siap dah rumah panjang tu. Saya setuju, persembahan tarian memang clap, clap, clap......terhibur!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.