Berkelana

25/10/20. kami ke sini, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.
untuk menghantar adik dan kakak, antara tetamu Allah tahun ini. Doa selamat dibaca oleh Imam (berkain pelekat)
Sampai di Kelana Jaya, jam 5 petang. Belum ramai di bawah khemah yang disediakan. Apa-apa pun makan dulu. Ini rombongan Melaka, buka 'gerai'..ada nasi himpit dengan rendang, nasi lemak, epok-epok, kuih talam, ayam goreng
Dah bertambah ramai, relaks-relaks menunggu masa
Senja,masih berkelana. Rasa suka. Mana tidaknya lama sudah menunggu  'jemputan'.
Rasa-rasa nak ikut!
Malam....Masih menunggu dengan sabar
Hanya doa mengiringi pemergian 
Hampir jam 10 malam  tadi, terima panggillan daripada kakak...dari Mekah.. 'The Mesjid is 800m from where we are staying. I cannot see the mosque but I can see the top of the clock tower'. Kami sebenarnya adalah  pengikut senyap (silent follower) blog CL...tu yang tahu pasal clock tower yang baru dibina (kata CL, pekerjanya 9 orang dari Melaka). Berapa jauh ye 800m?  Suara kakak, ceria, suara aunty pun kedengaran suka. Seronoknya mereka.Saya berazam InsyaAllah akan sampai ke 'sana' lagi satu hari ini, mudah-mudahan dipermudahkanNya. Klik, kli, tinjau, tinjau  Mekah dan Medinah pada Google Earth buat tika ini.

4 comments:

  1. Salam HJH NORA
    Alhamdulillah mereka telah selamat sampai di Tanah Suci. Semoga dipermudahkan Allah segala-galanya.

    Wah, panjang senarai makanan di'gerai' Kelana Jaya tu. Mujur tak tahu. Kalau tahu, tentu mengintai minta sikit.

    ReplyDelete
  2. Salam Temuk,
    InsyaAllah. Mereka happy di sana. Gerai Melaka buka sampai malam.

    ReplyDelete
  3. salam kak hajah nora...
    Alhamdulillah.. rezeki adik beradik kak hajah nora dijemput tahun ini... mudah-mudahan berkat doa mereka.. dapatlah kak hajah nora bertamu di sana lagi..Insya'Allah.....

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, hajah Rahmah. Semoga hajah sihat ye.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.