Jerebu di Melaka Maju

Salam.
Jerebu masih melanda negeri maju ini.
Saya nak tempekkan gambar suasana jerebu  sekitar rumah BC...ada pula amaran 'virus found, virus found' muncul pada skrin monitor. Ek? Macam mana pula ada virus pada memory stick, ek?
Katanya jerebu yang berlaku adalah akibat daripada kebakaran terbuka di negeai jiran   nun...seberang laut sana. Asapnya ditiup ke negara kita oleh angin barat daya. Itulah hidup berjiran. Kadang-kadang bila jiran sebelah rumah bakar daun-daun kering atau sampah, kita disebelah rumah pun akan dapat rasa kepulan asap. Seluruh rumah berbau asap.Itu, di di laman rumah, ada daun-daun kering pokok buluh merah yang baru dicantas . Cadang nak bakar. Kalau dibakar tentu cantik apinya, sebab daunnya dah kering sangat. Tak maulah saya menambah masalah pencemaran udara, keadaan jerebu , kansel ajelah cadangan. Orang-orang kampung suka bakar sampah, lebih-lebih waktu senja. Kata mereka asap boleh halau nyamuk. Ah, ah, di Melaka pun teruk juga kes demam denggi.Boleh juga ini menjadi satu cara untuk melawan 'kawasan kita diserang denggi'.

Minggu ini, suasana di rumah busy jugalah dikunjungi tetamu. Tetamu kakak. Kawan-kawan kakak, 'anak-anak murid kelas bahasa Al Quran' buat kunjungan ziarah 'cikgu' kerana 'cikgu' Isnin hadapan akan berangkat ke Tanah Suci. Adalah hidangan untuk tetamu. Pagi tadi, ada hidangan bubur tebak, apam kelapa,
ubi sira air gula macam bubur. Tapi semua ini 'anak murid' yang bawa. Ada saya ambil gambar, tapi masalah nya 'virus found. virus found'. Ahad yang lalu, di rumah adik ada kenduri doa selamat. Adik pun akan ke menunaikan haji buat kali pertama. Wah lauk pauknya sedaaapnya....daging masak asam pedas, gulai pisang, pajeri mangga, ayam goreng rempah, kerabu mangga, sambal belacan bersama pelbagai ulam, goreng ikan kering dan bermacam-bermacam kuih. Tetamu pun ramai yang hadir walaupun dibuat secara kecil-kecilan.

Okeylah, sekian update saya. Saya nak relaks, relaks.....nak baca buku pula..

Oh ye, 20102010...Negeri Melaka Negara Maju....tahniah rakyat Melaka.....
Melaka terus maju, terus makmur ke arah teknologi hijau. Bila?Tahun 2020!

Saya ke Stadium Hang Jebat, Kerubung???
Takkkkkk, baik saya duduk di rumah...
Jerebu dah!

4 comments:

  1. Hjh Nora
    Sayanglah ya, Melaka diisytihar maju, didatangi pula dek jerebu. Itu tanda jiran seberang dah mula memugar ladang, mengusaha tanaman untuk meneruskan hidup. Bagaimana mungkin perbincangan kepala-kepala negara berupaya menahannya!

    Semoga ahli keluarga Hjh yang bakal ke tanah suci selamat menjalani ibadah haji mereka, selamat perjalanan pergi & balik & dikurniakan Allah haji mabrur. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  2. salam kak hajjah. Dulu dulu orang bakar sabut kelapa bawah rumah untuk halau nyamuk. Asapnya berkepul2 masuk dalam hidung kita yang duduk atas rumah ni hehe...

    ReplyDelete
  3. Temuk,
    Pagi tadi hujan, Alhamdulillah.
    Terima kasih atas doa. Ameen.

    ReplyDelete
  4. Hajah kakpah,
    Betul, agas pun tak ada. Kita pun 'aachoooo' dan baulah asap sekitar rumah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.