Apa khabar

Salam,
Rumah dah lama siap.
Store baru seminggu siap.
Apa lagi.....menahan penuh kesabaran, menunggu....
Siapa kontraktor nya?
Kita beri nama kontraktor 'F' ...hasil kerja atas daya usaha, boleh ditrima
tapi cara kerja perlu belajar lagi..a long way to go, 'F'. Yelah kontraktor kecil mana nak lawan pemaju rumah. tapi itu bukan alasan..cara kerja mesti betul.
Dah tau kena kejar masa, mula lah kerja awal.jam 8.00 pagi..ini tak.. tengahari, kadang-kadang tak datang langsung...tapi syukur, dia tak lari...seperti yang berlaku kepada jiran selang 3 rumah.
2 kontraktor lari..tinggalkan projek...cuma naik bumbung  gerai makan bukan buat store atau rumah. Rugi jiran saya . Tak tau apa sebab kontraktor lari. Tapi sekarang bumbung dah naik cantik bila dia kontraktor lain ambil alih.

Tak ape lah. Store n garage rumah BC dah siap. Barang-barang yang kami tumpang di rumah transit telah pun di'store'kan ke dalam rumah baru dengan bantuan siapa kalau bukan abang bangla (yang kami kenal). Budak-budak di rumah pun nampak suka ada 'clubhouse' untuk mereka main-main waktu petang (kena lah kosongkan ruang lerak kereta)

Penat. Tak habis-habis penat. Baru baik demam.  Tiga hari badan terasa lemah. Hilang selera makan. Sekarang sedang nak pulihkan semula selera makan. Itu yang tak blog lama. Tak larat. Dah tak boleh seaktif macam dulu lagi nampaknya. Supplemen ambil. EPA, DHA lah, spirulina lah. Susu kambing lah, Kena buat execise nampaknya. Dah lama saya 'rehat'kan  part ni . Buat kerja kena slow-slow nampaknya. Tadi pagi setelah menyapu dan mop rumah (belakang aje), baring kejap.

Naik taraf rumah BC sampai ke fasa ke tiga.
Ah, ah, ada fasa...yang melambatkan tu dia projek store n garage.
JY dah buat survey.. nak buat projek bumi hijau..nak tanam sayur, cili, tomato..
Hey..siapa nak layan pokok-pokok tu?

Halaman rumah masih bersepah dengan batu, pasir..tak terurus.
Inilah projek seterusnya...
Landscape......apa yang sesuai???

6 comments:

  1. Salam Hjh Nora
    Ada dengar cerita kontraktor cabut setelah dapat deposit atau sebahagian bayaran dari beberapa orang yg mereka memang nak 'tipu'. Yg datang lambat atau lesap beberapa hari, boleh jadi ada projek-projek tempat lain. Sanggup tangkap banyak projek sebab nak pastikan ada kerja utk jangkamasa yg lebih lama. Begitulah cara sesetengah kontraktor kecil hidup - tak kisah orang marah, juga tak kisah halal haram. Seronoklah bila mula projek bumi hijau tu nanti. Boleh menikmati sayur segar saban hari!

    ReplyDelete
  2. Salam Temuk,
    Kita sebenarnya nak bantu mereka. Untuk projek bumi hijau, saya sedang mencari 'kontraktor' yang boleh bantu gemburkan tanah...have a nice day..

    ReplyDelete
  3. kak hajah nora...
    eronokkan bila projek menurunkan dan membukak rumah dah selesai... projek mengemas pun rasanya dah hampir2 penghujung.... sharelah dengan kami gambar-gambarnya....
    teringat nanti jika panjang umur, kami hendak bina rumah di tanah arwah mak mertua di banting... boleh ada garaj, store... dsbgnya.... tanah besar...
    tanam pokok dah tak guna pasu lagilah.. dah boleh tanam atas tanah... Insya'Allah...

    ReplyDelete
  4. salam kak hajah. tertanya2 juga kenapa lama tak menulis. sibuk lagi rupanya.
    kak, kontrek ngan melayu selalu macam tu. buat keje sekejap, berehat berjam2. keje sehari, cuti dua hari hahaha....

    ReplyDelete
  5. Salam Hajah,
    Saya selalu bayangkan country home..rumah kampung. Dulu rumah asal BC, rumah kampung tapi kampung dah jdi bandar, rumah pun naik taraf jadi rumah bandar. Dulu ada beberapa pokok buah-buahan keliling rumah, kini tak siapa nak jaga, tebang aje. InsyaAllah, apa yang diidamkan itu akan tercapai.

    ReplyDelete
  6. Salam Hajah kakpah,
    Sibuk tak sudah, hajah. Demam kepenatan pun ada juga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.