Telan

Salam.
Pagi tadi setelah tadarus, saya ke JJ di Pringgit. Tujuan untuk membeli sedikit cenderahati untuk kawan-kawan sesama tadarus. Esokkkan nak khatam. Pergi ke ATM dulu. Tahulah kan buat apa? Bila masuk kad. terpapar notis pada skrin "This card cannot be processed". Kad terbit semula daripada 'mulut' mesin. Rujuk pegawai bertugas.. Dia minta saya cuba sekali lagi. Saya cuba sekali lagi, okey boleh ....tapi tiba-tiba timbul semula  amaran yang sama. Dan kali ini terus di TELAN kad  (lapar agaknya).Oh no, not my card!  Rujuk pegawai. semula. Apa perlu saya buat? Katanya ada masalah pada kad saya.Mungkin mesin rosak! Mana boleh. baru saya guna kad, tiada masalah! Jadi katanya kalau saya nak kad semula. ada dua pilihan: tunggu 3 hari untuk dapatkan kad asal  atau buat kad baru. Ada charge RM 12.00. Eh? dah telan kad kita,  minta bayaran lagi. Saya ambil pilihan kedua sebab nakkan cash nak belanja segera.
Jadi pergi lah saya ke HQ bank tersebut. Dapat nombor dan disuruh tunggu. Agak lama juga saya tunggu, nombor tak naik-naik. Lalu saya terpandang seorang pegawai (perempuan) sedang memandang saya. Saya pun buat bahasa isyarat 'tolong'....Dia cepat merujuk pada pegawai yang 'in charge'. Saya nampak dia sebok sedang melayan pelanggan. Eh? Bukannya pelanggan rupanya tapi pegawai sepejabat atau mungkin bos sedang berbual atau berbincang. Segera dia melayan (tak minta maaf pun!) dan akhirnya dapat saya kad baru. Dirujuk pula saya pada pegawai perempuan tadi. Oh oh 'makcik' ini pun ada 'udang sebalik mee'. Mulalah dia nak 'jual' insuran untuk pesara..katanya....elok untuk pesara, cuma potong RM23.00 sebulan daripada akaun..blah..blah..blah...Saya kata, saya ada urusan tapi dia insisted 'mengapa tak daptkan dari M***b**k? Saya cuma senyum dan minta diri. '
Saya  terus ke T**co pula untuk dapatkan maksud saya yang awal tadi.
Itulah kisahnya, tak pernah kad ditelan, tapi sudah terjadi pada saya hari ini.

7 comments:

  1. Salam kak hajah Nora...
    Hmmm... kekadang kita ingat ada kad ATM ini memudahkan kita.. tp bila terkena kes 'telan' ni... memanglah jadi susah pula...
    tapi..
    demi kesenangan dan kemudahan kita dimasa hadapan... bagus juga ada kad ATM ini....

    ReplyDelete
  2. KAK NORA, memang angin kalu bukan salah kita tapi kita yang kena bayar. Tapi apa nak buat, semua bank pun sama jerrr...

    Saya pernah kena, tapi saya lambat pegi buat kad baru, sbb sakit hati. Saya kuarkan duit guna passbook. hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Hajah Rahmah,
    Apa-apa pun, memang kad ATM mudah. Sekarang dah ada depit kad tapi akak tak guna debit kad, khuatur terlebih belanja.

    ReplyDelete
  4. Azie,
    Urusan buat kad ganti mudah aje.

    ReplyDelete
  5. Azie,
    Tapi urusan buat kad ganti mudah aje.

    ReplyDelete
  6. Selamat shopping mopping kepada cikgu Aida juga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.