@K5



Gaji pertama. Dia 'buka table', belanja kaum kerabat yang ada. tak ramai pun, famili BC, 3 orang, famili PT 5 orang, famili Taman Kenang, 3 orang...11 orang aje.  Di mana,Lan nak belanja ni? 
Di K 5 (nama glam warung berkonsep wakaf dalam taman) Lokasi : Semabok, Melaka
.Sambil makan, dengar  nasihat.....pengurusan kewangan!
Hidangan lazat, pilihan masing-masing
keropok, nasi lemak, lemping kelapa, set masak asam ikan kembong,
kwayteow goreng basah , ubi kayu rebus cicah sambal , teh o laici
nasi goreng cina, nasi goreng kampung (dua-dua tiadadalam gambar)


Posted by Picasa
Mengapa cepat benar nak belanja makan, Azlan? Tunggulah 2,3 bulan lagi, lagi banyak, lagi besar kita makan. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak, Lan, belanja kami, tak pe, makan kecik-kecik, simple, simple, yang penting dapat merasa belanjan Azlan. Lain kali naik gaji, belanja lagi tau!. Anyway, Azlan, anak saudara saya, anak kepada my younger brother, baru dapat kerja di MMU, So gaji pertama, belanjalah  kan. (Oooops saya lupa apa saya buat dengan gaji pertama saya?) Minggu depan hari konvo dia pula. Syukur kami  kepada Allah SWT dan TAHNIAH Mohd Azlan bin Shaukani, tahniah daripada kami semua. Jangan lupa bayar balik PTPN!!!Akhirnya berjaya Azlan memegang segulung ijazah syang diidamkan, setelah berusaha kuat selama in,  melalui cabaran dengan gigih.
We are proud of and happy for you!!!!

27 comments:

  1. salam kak hajah nora..
    saya masih boleh ingat apa saya buat dengan gaji pertama saya... ialah... belanja mak saya makan.. habiskan duit beli jam tangan dan organ elektrik...

    ReplyDelete
  2. Makan kecik-kecik takpe, what counts is the thought kata orang :)

    Tahniah kepada anak saudara kak nora :)

    ReplyDelete
  3. salam,

    Tahniah Azlan. Moga murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Lan..(tumpang blog Nek Lang...)
    tak sangka kita sebumbung....

    ReplyDelete
  5. salam kak nora...
    saye pun dulu2 dpt gaji pertama belanja mak & abah...
    mcm best jer tempat tu...nnt balik kg kat melaka nak cari la tempat tu kak nora...

    ReplyDelete
  6. Pn.Isah,
    Betul apa yang puan kata, ingatan yang penting. TK juga atas ucapan.

    ReplyDelete
  7. Ummi,
    Terima kasih, ummi (bagi pihak Azlan). Dah ditakdirkan.

    ReplyDelete
  8. Ainnoraini,
    Boleh akak tau, di mana tempat makan yang nak dicari?

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Nora,

    Sampaikan salam tahniah saya pada Azlan...harap dia bertugas dengan penuh dedikasi.

    Yang saya ingat, gaji pertama saya dulu saya beli sebuah Quran yang ada terjemahan dan juga sepasang telekong...ambil berkat. :-)

    ReplyDelete
  10. orang selalu ingat gaji pertama..
    anak saya belanja makan juga bila dapat gaji pertama.

    nak tau? abah saya simpan duit pertama hasil dari gaji pertama yang saya bagi padanya dalam album. kenangan kan....

    ReplyDelete
  11. Salam Hjh Nora
    Orang kata makanan paling sedap = makanan yg kita makan, orang lain bayar. Atau = makanan yg orang makan, kita bayar?

    Ingatan memang penting. Ada kawan cerita, bila balik dari mana2 isterinya selalu kata 'ingat nak belikan itu, nak belikan ini ..' Tapi tak pernah 'sempat' beli apa2. Suami pun jadi selalu ingat yg isteri ada ingatan, tapi tak ada barangan. Kihkihkih.

    ReplyDelete
  12. Datang dari Kak Ezza punya blog. Seronok dapat gaji pertama. Tahniah utk Azlan. Gaji pertama saya , belanja family makan dan installed talipon kat rumah .....

    Hopefully dia bayar PTPTN tu ya ....ramai saya dgr bila dah grad tak nak bayar....tak patut betul..

    ReplyDelete
  13. Salam yan,
    Nantilah saya minta dia baca posting ini. Agaknya banyak kerja sampai tak sempat baca blog.Moga-moga diberkati .

    ReplyDelete
  14. Salam Hajah Pah,
    Oh bagusnya orang tua hajah! Duit tu ada lagi dalam album tak?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Salam Temuk,
    Jangan beri alasan tak sempat, pada hal ingat.

    ReplyDelete
  17. Salam Zaitgha,
    Tak bayar PTPN,kena tahan tak boleh keluar negara.

    ReplyDelete
  18. Salam.

    Small matter lah Alang. Btw thx 4 dedicating this post to me. InsyaAllah ada rezeki Lann belanja lagi. Now tengah calculating duit raya pulak. My turn has come. LOL

    To others, thx 4 de wish.

    -LANN-

    ReplyDelete
  19. salam kak nora..
    restoran tu kat semabok?ida selalu lalu kat situ tp tak perasan...
    seronoknya bila anak2 ni pandai menghargai kita kan..bertuah badan..mst lan anak yg baik..

    ReplyDelete
  20. Lan,
    Lepas ni, sambung belajar lagi.

    ReplyDelete
  21. Ida,
    Betul. di Semabok, buka waktu malam. Mohd Azlan, anak yang baik, rajin berusaha mencapai cita-cita.

    ReplyDelete
  22. Alang, InsyaAllah. Sekarang kumpul duit dulu, dalam plan nak tambah ahli keluarga baru. haha.

    Master hold dulu. Ada dalam perancangan. Cuma sekarang bukan waktu yang sesuai.

    :)

    ReplyDelete
  23. To others: Thx :) PTPTN akan dibayar bermula bulan September.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.