Rutin Ramadhan

Salam.
Sudah 4 hari umat Islam menjalani ibadat puasa bulan Ramadhan.
Cepat masa berlalu, bukan?
Hari semakin pendek, cepat pagi dan cepat malam
Apa rutin harian?

Pagi tadarus, jam 9.00 pagi - 12.00 th
Cuba baca sebaik mana (sangkaan kita) 
 Banyak pula  ditegur oleh mentor.
Sudah sampai Juzuk ke lapan
@ 2 Juzuk sehari, 
Kata mentor mulai minggu depan, baca 3 Juzuk sehari.
Balik  rumah, buka Al Quran terjemahan
Nak tahu juga apa yang dibaca tadi.

Menjelang petang,
Sibuk di dapur?
Oh, tidak.......rihat-rihat aje,
Layan blog sambil jeling-jeling TV
Tak boleh singgah blog masak memasak,
Tergoda nanti .....
Buatlah apa yang patut.
Yang masak ialah yang rajin ke dapur, masak kesukaan anak-anak
Nak ekstra? Ke pasar Ramadhan nampaknya.
Tapi saya belum lagi teroka pasar Ramadhan,
Nantilah esok-esok bila teringin ...

7.22 pm, Masa berbuka, cukup dengan yang ringan-ringan
Tak penuh meja seperti dulu-dulu!.
 Minuman mesti yang panas (takut perut terperanjat) untuk saya
ada juga yang sejuk, air sirap bandung misalnya.

Lepas solat maghrib, bersiap-siap pula ke Mesjid Selat
Sebuah mesjid indah, di tepi laut, di Pulau Melaka.
Jam 8.00 sampai dimesjid.
Isyak, Terawih, Witir.....jam 9.45 malam.
Terawih 8 rakaat + 3 rakaat witir.
Balik....sampai di rumah...
Snack, supper sikit. atau makan nasi...mata mengantuk, badan letih....tidur...zzzzzzzzzz

4.30 pagi. siap-siap untuk sahur..makan nasi untuk tenaga, alas perut.
Menjelang subuh, layan TV...tengok ulangan Nur Kasih...
Selepas Solat Subuh.......lalu,  zzzzzzz
Jam 8.00 pagi bersiap-siap
dan ulangan rutin harian.
Tetapi
Rutin ini akan berubah
menjelang raya.
.
Pengubahsuain rumah BC,
Hampir siap tapi banyak lagi perlu diambil tindakan
Aduh.....penatnya nanti nak mengemas rumah!!!!!.
Ada sesiapa nak bantu?

16 comments:

  1. kak nora..saya juga teringin..nak ikut jiran disini tadarus..beramai ramai..tapi..kawan cakap..kau keje..kita orang..tadarus waktu pagi sampai pukul 12 tengahari..katanya..sabo je la..satu hari nanti..saya pasti akan dapat bersama mereka..jika umur panjang..insyaallah..

    ReplyDelete
  2. alang

    lepas subuh,saya sambung tido sampai pkl 9...lepas zohor,baru bukak quran....pastu menjahit....lepas asar masaklah plk....itu rutin saya..
    rumah dah siap ke....nanti acara potong reben,jgn lupa panggil kami ya...

    ReplyDelete
  3. Zah.
    Rumah hampir siap. Tapi banyak nak dikemaskan. Macam mana, boleh tolong? Nak potong reben besar mana agaknya?

    ReplyDelete
  4. salam kak nora.
    mintak maap. tak dapat nak bantu haha...
    dapat pakai rayalah nampaknya rumah bc tu ek..

    ReplyDelete
  5. Salam Hjh Nora
    Tahniah pd Hjh. Hebatnya rutin & padatnya jadual Ramadhan tu. Alhamdulillah. Semoga segala amalan diredhai Allah. Sempena raya, di rumah baru BC nanti, kenduri besau la nampaknya.

    ReplyDelete
  6. salam kak nora..
    wah..padat ye rutin kak nora..bestnya dpt bertadarus..ni buat tarawikh dan tadarus sorg2 je kat rumah..

    ReplyDelete
  7. Salam hajahkakpah,
    Harapan begitulah nak 'pakai' raya..tapi tak tau lagi,kena 'lari pecut' nampaknya!

    ReplyDelete
  8. Salam Temuk,
    Aameen.....tak tau lagi boleh masuk rumah baru atau tidak raya ini.

    ReplyDelete
  9. Salam Ida.
    Masa dah bersara ini dapatlah cover mana-mana yang tertinggal

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Nora,

    Agaknya lah, rutin saya pun akan sama dengan rutin Akak bila saya pencen nanti...(harap-harap panjang usia saya, insyaallah)
    Saya baca quraan sendirian, selalunya lepas maghrib sampai Isyak dan waktu pagi sejurus saya sampai di ofis. Insyaallah saya buat setiap hari
    sepanjang tahun.
    Selamat berbuka. :-)

    ReplyDelete
  11. salam ramadan almubarak,

    ...selamat bersahur dan berpuasa dan berbuka dan beraya....

    uisyyhh...cepatnya masa berlalu.

    salam merdeka jua.

    ReplyDelete
  12. Memang best dapat buat rutin macam kak Nora. Setakat ni melayan jadual sendiri je

    ReplyDelete
  13. Salam Yan,
    Bagus perancangan Yan, teruskan usaha. Cewah, macam cikgu pula cakap kepada anak murid!

    ReplyDelete
  14. Kepada Cg Ahmad Humairi, diucapkan jua selamat berpuasa,berbuka,bersahur..semuanya..all in one. Salam Merdeka!

    ReplyDelete
  15. Tak apa Cikgu Aida, jadual sendiri pun okey asalkan tercapai objektif.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.