Rindu Sekolah

Salam.
Terbaca dalam mstar hari ini,


Tujuh Lelaki Ditahan Menyamar Sebagai Pelajar
KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindukan alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini.

Kesemuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan kepada Bernama, di sini pada Selasa.

"Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira pukul 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar tersebut masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika Tingkatan Lima sesi 2007," katanya.

Kehadiran 'pelajar baru' di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

"Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar sebagai pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam kelas dalam keadaan yang sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran," kata Abdul Jalil.

Beliau berkata, ketujuh-tujuh lelaki itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

"Kesemua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis telah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira pukul 8 malam tadi.

"Polis kini sedang mengumpul maklumat dan masih dalam proses mengambil keterangan daripada guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga sedang dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan," kata Abdul Jalil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. -
BERNAMA

Apalah niat sebenar budak-budak tu? Ada yang sanggup pakai baju kurung!!! Rindu nak sekolah semula? Macam-macam sekarang. Hati-hati ye Pengetua dan Guru besar sekelian.....

24 comments:

  1. Salam Anie...

    Ha! ha!...kelakar le pulak. Sian pulak rasanya dia orang teringin nak sekolah. Tu lah, masa sekolah dulu takmo belajar betul-betul.
    Pelik kan?...apasal tak mohon belajar, sekarang ni dah mudah...tempat belajar dok hambat pelajar!

    ReplyDelete
  2. Yan,
    Memang lucu, dah lebih umur, dah berkumis baru sedar nak masuk sekolah semula. Yang pakai baju kurung mesti yang jambu!

    ReplyDelete
  3. Hjh Nora
    Tak mengapa masuk kelas, jangan rasuk kelas! Hairan juga mereka tak sambung belajar & tak kerja. Kalau curi masuk kuliah kat universiti, terutama kelas-kelas besar, pasti sukar siapa-siapa nak kenal. Itu lagi 'standard'. Tapi janganlah masuk beratur dlm majlis konvokesyen! Salam ceria.

    ReplyDelete
  4. salam,

    ini kes tak mengintai padi antara masak sebelum ia layu-layuan....tak mengintai kelas antara nampak...pastu rindu-rinduan.

    ReplyDelete
  5. Salam Temuk,
    Agaknya nak main-mainkan pihak sekolah,boleh kenal mereka tak. Tapi saya rindulah majlis konvo berpuluh,puluh,puluh,puluh tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  6. Cg Ahmad Humairi,
    Mereka intai melalui jari-jari samada cikgu-cikgu cam mereka tak!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nora,

    Perasan tak?...komen saya kat atas tu...boleh saya tersilap orang...ha! Akak dah buat template baru macam blog Anie...tu yang bagi salam pun kat Anie. He!...he!...mahap Kak. :-)

    ReplyDelete
  8. Kak hajah nora..
    masa sekolah dulu, depa selalu ponteng kot.. lepas tu tak berjaya nak kemana-mana...
    duduk2 sesama mereka, terasa rindu zaman sekolah... hingga tergamak pakai baju sekolah dan masuk balik sekolah mereka...
    kalau seorang yg buat macam tu, bolehlah kata rindu sangat... ini sampai 7 orng... bagus punya pakat....

    ReplyDelete
  9. Yan,
    Saya pun tak perasan. Arkitek sama, kontraktor sama, jadi rumah semua serupa.Alamat aje lain.

    ReplyDelete
  10. Hajah.
    Agaknya mereka nak cuba jadi pelakun tak? Mungkin lakunan mereka menjadi, boleh jadi pelakun drama TV.

    ReplyDelete
  11. suh sekolah tak nak...
    tak suh sekolah nakk..
    macam macam...
    ni semua le kerajaan nak buat kempen katakan Tak Nak....

    ReplyDelete
  12. Salam ummi,
    suh sekolah, gi
    dah gi, tak nak studi.
    skrang, menyesali...
    tak sedar diri,
    gi sekolah, sembunyi-sembunyi
    ingat, tak diketahui.

    ReplyDelete
  13. kak nora..saya tau erita tu..bila tengok tv..lepas subuh sebelum pi kerja pagi tadi..
    terkejut juga..tak terfikir pun boleh buat macamtu..macam macam kan kak nora..

    ReplyDelete
  14. Erna,
    Betul, budak-budak tu nak buat kacau ke, nak masuk uji bakat 'pilih kasih' agaknya, tengok dulu lakunan berjaya tidak.

    ReplyDelete
  15. Kesian ada, pelik pun ada. Waras ke budak-budak tu? Siap pakai baju kurung lagi. Pakat ramai-ramai pulak tu. Tak terjangkau dek akal memikirkannya. Apapun nasib baik tak ada kejadian yang tidak diingini.

    ReplyDelete
  16. Salam Nora,
    Nak kata mereka tu rindu sekolah sampai sanggup menyamar jadi student tak masuk akal. Sebab kalau rindu kat sekolah....datang ajelah ke sekolah bila sekolah adakan majlis-majlis tertentu! Kalau nak kata mereka tu rindu nak belajar balik...gi ajelah mana-mana kolej yang sesuai untuk sambung belajar, paling tidak masuk kolej komuniti!Jadi aku ingat ada maksud yang tersirat ni yang kita tak tahu dan hanya mereka aje yang tahu!Kalau tak masakan sanggup beli baju sekolah !
    Harap-harap tak adalah nanti kita dengar cerita mantan pengetua masuk ke sekolah dan duduk di kerusi pengetua ye!

    ReplyDelete
  17. kaknora, salam. kita pun kadanng2 rindu alam sekolah. tu nak sekolah balik le tu.
    jangan menyamar jadi murid tadika dah....kehkeh

    ReplyDelete
  18. Salam Cg Aida,
    Duduk pula dengan sopan dalam kelas, nasib baik cg peka ada 'murid baru'. Ini mesti nak jadi 'star'

    ReplyDelete
  19. Salam Norbi,
    Ketawa aku baca ayat akhir komen kau. Itu mantan pengetua 'gila talak'.Aku nak tau apa 'yang mereka aje yang tahu'. Kau ingat tak lagi FEC (Further Education Class) kelas malam, satu masa dulu?

    ReplyDelete
  20. Salam Hajah kakpah,
    Nanti budak-budak tadika ketawakan murid terlebih umur tu.

    ReplyDelete
  21. Salam hajah @ Kak Nora,
    Dengar khabar mereka yang ceroboh sekolah lama tu bkn rindukan sekolah tapi nak rakam video untuk upload ke youtube. Apa yang mereka fikir sebenarnya?

    ReplyDelete
  22. Terima kasih,Adry, kerana info. Mesti nak berlakun jadi budak sekolah semula,dah siap heroinnya!

    ReplyDelete
  23. Salam kak nora, ada saya terbaca pasal cita ni dalam surat kabar. Tapi 7 orang? semua serentak rindu sekolah? pelik kan?

    ReplyDelete
  24. Puan Isah,
    Great boys think alike, kalau nak buat shooting, mintalah izin daripada pengurusan sekolah terlebih dahulu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.