Final PD 2010,



Salam.
Ah, Ah...saya terjaga awal pagi tadi. 'Ter' tau, bukan dirancang-rancang. Jam....3.00 pgi. Eeee....why not saya 'terbang'ke South Africa, sama-sama dengan peminat fanatik tengok World Cup Final. Saya bukan ikut sangat PD, tengok sambil-sambil aje. Tahulah juga score, siapa lawan siapa dan siapa menang. Jadi, selepas selesaikan apa yang patut (tau-taulah dah jam 3.oo pagi).......
sampailah saya di Soccer City Stadium, Johannesberg. ( Gambarnya di atas). Dapat pula di tempat duduk VVIP, comfortable sofa you. Sebab saya ter 'miss' flight awal, missed jugalah tengokt Shakira dengan lagu 'This time for Africa'. Tak apa, kat U Tube mesti ada punya. Hebat, hebat Holland dan Spain kejar Jabulani. Saya tak reti nak ulas. Saya tak faham pun undang-undang bola sepak. Saya bukan suka bola sepak tapi World Cup punya hal, intailah juga. Dah kebetulan saya terjaga. Saya suka tengok bagaimana team members , penyerang dan defence berlaga-laga, tolak sana sini, langar badan lawan, tersungkur! Sakitnya saya terasa!!Saya kagum tengok bagaimana tegasnya referee bila ada bantahan tak puas hati pemain. Nah kau, ambil kau kad kuning, kad merah. Pasang kat lengan tu, biar orang tau! Saya suka melihat air muka mereka yang cuba masukkan gol tapi tak berjaya. Sesal bukan main! Cemas dibuatnya. Saya kagum dengan penjaga gol menangkis dan menangkap bola dari tersumbat ke dalam gol. Macam spiderman. Saya simpati dengan pasukan yang kalah.....mereka tengok dengan muram juara bersorak gembira. Mana tidaknya, first time world champion. Ole! Penjaga gol Holland menangis menyesal tak sudah.Yang paling saya suka ialah habis semuanya...pertunjukan bunga api..hebat, cantik, menarik...Okeylah tamat sudah World Cup 2010. Tepat sekali ramalan Paul the Octopus. Tapi dia orang tak tau Allah yang menentukan segalanya. Sebelum terbang pulang, sempat saya alas perut (halal tau!) makan nasi dengan sambal tumis udang serta salad.
Tadi saya berbual dengan peminat kecil World Cup, Iddin (peminat Spain, tapi sayang Germany juga)

Saya: Tadi Nek Lang tengok Torrence main, nampak macam Iddin.
Iddin: Torres lah,bukan Torrence.
Nek Lang : Sorry...
Iddin : Betullah Iddin tu. Malam tadi bila semua orang dah tidur, Iddin terbang pergi ke South Africa.
Saya : Tapi kenapa dah nak hampir tamat awak baru masuk padang?
Iddin: Sebab terlewat sampailah!

Nanti umur 12 tahun boleh lah sokong lagi Torres ye, di Brazil pula! Torres tu handsome tau!

12 comments:

  1. kak hajah nora...
    amboi.. jauhnya pergi sebelum subuh2 sepi'eee...
    mudahnya kita sekarang ni.. tak perlu pack baju... semuanya di depan mata....

    ReplyDelete
  2. salam kak nora..sungguh kagum..boleh bagi ulasan bola sepak tu..macam ulasan selari la kak nora..

    ReplyDelete
  3. Jangan percaya Paul...sisotong khurafat tu!

    Belanda kalah ...huuu.

    ReplyDelete
  4. Hajah,
    Dunia ini kecil, mana-mana boleh pergi, bila-bila masa.

    ReplyDelete
  5. Salam Erna,
    Itu belum menyaksikan yang sebenarnya depan mata. Mau kelam kabut ulasannya nanti.

    ReplyDelete
  6. Cg Ahmad Humairi,
    Ole!Ole Senor! Dalam paper hari ini, ada lukisan gambar si Paul atas piala dunia..agaknya kata si Paul "I'm the greatest!"Khurafat, khurafat.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nora,

    Ha!..ha!..bole "ter" pulak ye?..:-) tak pe Kak, PD ni, 4 tahun sekali...tak tahulah sempat ke tidak nak tengok the next one..

    Saya minat bola sepak ni...errr dulu lah...sekarang ni gitu-gitu saja, nak kata tak tengok, tengok lah juga, tapi tengok game pukul 10 saja. :-)

    ReplyDelete
  8. salam kak nora,

    lama saya tak tinggal jejak kat sini...
    lega rasanya WC dah over...bukan apa, sorang anak saya tu punyer waktu tidurnya dah tak betul lagi!! harap2 lepas ini akan kembali normal..

    ReplyDelete
  9. Salam Yan,
    Saya pun ikut sambil-sambil aje, itu pun terjaga pada pagi final tu. Ceria selalu.

    ReplyDelete
  10. Salam hajah,
    Peminat tegar begitulah, boleh jadi 'soccerlag'. Hajah macam mana, 'jetlag'' lagi?

    ReplyDelete
  11. salam,

    oo amik penerbangan pukul 3 ye.. saya amik flight awal lg kol 2 dh sampai hehe..

    ReplyDelete
  12. Okeylah tu, sempat tengok konsert, PM

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.