Sampai masanya

Salam.
Sampai masa kereta saya diberi coat baru. Coat lamanya dah mula pudar dan warna tak sekata. Nak beri coat baru di Melaka, tak biasa dengan tuan punya bengkel. Baliklah ke Kuantan. Biasa dengan tuanpunya-tuanpunya kat sini. JY lah yang kenalnya. Hari Isnin, semalam, kereta dah masuk 'butik' untuk diberi coat baru. Tapi warna, kaler sama tau! Ori punya! Identiti mesti jaga! Nah, sekarang, duduklah saya diam-diam di rumah...berapa lama??? 10 hari you saya tak ada kereta! By next Wednesday siaplah......Oh, chauffer drivenlah saya kalau nak ke mana-mana. Patah kaki juga...jadi layanlah TV, layanlah PC, layanlah dapur, Nak ajak kawan keluar, dia pula tak ada transport. Saya yang selalu drive kalau keluar dengan dia. Agaknya rakan sekelas saya , di Aqrab, tertanya-tanya mana pergi Kak Nora ni? Agak mereka tentu akak ni pergi Umrah! (ha, ha..dulu saya tak hadir kelas 1 bulan, mereka kata 'akak gi Umrah ye?')
Cakap pasal 'patah kaki' hanya simpulan bahasa aje tau, dijauhi Allah.
Sebab, kaki kiri dah mula sakit ni, jadi saya tak boleh gerak cergas dan jalan jauh, Nanti sakit. Tapi taklah serious......tanda-tanda ke'muda'an...
Itu satu sebab duduk di rumah....good girl
To famili di BC, hope semua okey, take care ya......

9 comments:

  1. salam kak hajah nora,
    memang bila unta kita masuk kandang, memang kita akan merasa payah hendak bergerak. nak mulakan naik bas/teksi.. menakutkan kadar jenayah dan kemalangan yg melibatkan kedua2 kenderaan. Nampaknya 10 hari kak nora duduk mengadap lektop jer lah...
    (nanti dah siap unta.. uploadkan gambar yer..)

    ReplyDelete
  2. Hajah,
    Yelah tu, duduk hadap PiSi...singgah rumah entah sesiapa...

    ReplyDelete
  3. wa.. tarak kreta memang patah kaki wo. Mana boleh duduk rumah je 10 hari haha..

    ReplyDelete
  4. alang,
    susah lah kalau tak da kereta ni macam saya ari tu....basikal tak da ke alang..kalau ada boleh la meround pagi pagi.

    Kaki kena jaga jugak..nanti car nya ade, ki plk tak da..manyak susah wooo

    ReplyDelete
  5. Hajah Pah,
    Keluar juga....mana boleh duduk rumah aje.

    ReplyDelete
  6. Oh makcik ezza,
    Basikal elek, kalau ada pun tak reti nak tunggang. Sedang rawat kaki, ujian zah!

    ReplyDelete
  7. Saya tetap kata Kak NORA masih beruntung...

    mungkin kena jinakkan diri dengan bas kot...hehehehe...(tapi tak sesuai kot utk Kak NORA).

    ReplyDelete
  8. Azie,
    Nak ke mana di Kuantan ni? Bandar kecil..pusing-pusing kat situ juga. Kalau penting baru akak keluar rumah.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...semoga diizinkan Allah swt agar Ustazah Asni dpt melihat pos ini dan menghubungi saya (mohd shah daud) atau anak saya (muhammad danial @ don).Untuk maklumat Ustazah,danial baru mendapat keputusan spm dan memperolehi 3A+,6A dan 1 B+ (bio).Walaupun memperolehi keputusan yg cemerlang,dia (danial) teringin sgt untuk memasuki pusat tahfiz dan ingin sgt utk jadi seorang hafiz dan juga fasih berbahasa arab.Dia telah menghantar niat pada FB ustazah tetapi tiada balasan.Dia ingin bertemu dgn Ustazah dan mendapat nasihat dan bimbingan.Untuk maklumat,danial skg berada di Jakarta utk melihat Darul Quran Tanggerang.saya harap sgt jika Ustazah Asni dpt hubungi kami: 012-2009326 dan 012-2117428...Semoga Allah wt merahmati ustazah dan keluarga.jazakallah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.