Album

Salam.
Pada satu ketika dulu, foto-foto atau gambar-gambar disimpan dalam buku album.
Album besar, kecil, tebal, nipis.
Cover album pelbagai corak
Album gambar ini pula. Ada yang 'sticky' dan 'poket/slip in,
Yang 'sticky album' , gambar dilekatkan di atas muka surat
kemudian muka surat tersebut dilitupi dengan helaian plastik nipis.
'Album poket' pula sudah siap mempunyai ruang berpoket untuk sisipkan gambar.
Ada juga yang kita lekatkan gambar,
guna selotape atau bucu khas .
Ada guna gam aje!!!
Klasik kan?
Banyak juga gambar kami...
Ratus juga belanja tapi berbaloi you!!!
Gambar famili, gambar lawatan, gambar bersama kawan-kawan, gambar dengan rakan kerja,
pelbagai occasion, merata tempat,
gambar semasa kecil, semasa bayi pun di simpan dengan baiknya dalam album.
Itu baru di BC.
Di rumah BS, banyak lagi.....
Seronok tengok semula bila terkenang masa dulu-dulu.


Buku Album gambar kenangan tersusun rapi di dalam almari besar di BC


Tak cukup dengan album,
seterusnya, ada perkembangan penyimpan gambar-gambar.
Supaya lebih jelas, dimana dan bila peristiwa gambar diambil
Maka, muncullah album seperti buku skrap (di baca: 'folio')
Gunakan folder yang ada ruang untuk selitkan dokumen
Ada gambar, ada cerita di bawahnya...tak payah cakap-cakap ulang-ulang, beritahu,
tak payah nak tanya...
jadi adalah 'folio' melancong...yang rajin...kakak lah, sebab dia yang banyak makan angin ke negara orang.


Nah, ni rupanya album lama.
Sticky album
Gambar dah pudar, kaler pun dah turun.
semua disimpan dengan baik,
Anak-anak, cucu-cucu boleh tengok ,
timbullah gelak ketawa, rasa hairan, timbul soalan' di mana', dengan siapa' ini siapa'
Seronok bila buat pengkisahan semula.
'Oh, mummy rapat dengan Nek Lang' begitu kata Iddin
Dia lihat gambar mummy waktu kecil bergambar sakan
dengan Nek Lang dia (yang muda remaja, waktu itulah)
'Ini gambar konvo Nek Lang'
Wah cerianya!


Sekarang, zaman tekno, zaman ICT,
kehebatan digital dan internet.
boleh dikatakan jarang gambar-gambar kami print,
(mula-mula dulu rajin!!)
tak ada album gambar.
Sebab semua simpan dalam thumb drive atau CDR
banyak pula tu boleh simpan.
Bila nak tengok, cucukkan saja kat USB port, keluarlah gambar.
atau mainkan CDR
Atau pun masuk download dalam 'my pictures', 'picassa'
Buat story dalam blog, FB...mudah...cepat, segera, instant..
kawan-kawan marah bila gambar mereka saya ambil tak 'cuci-cuci'.
'Mana gambar? Mana gambar?'
Belum 'cuci'
Malaslah nak ke kedai...tak kuasa akak.
Sekarang, malas nak ambil gambar dia orang,
buat mereka sakit hati aje.


Nak tengok gambar,
buka saje My Pictures...view slide show
atau tunjukkan kat TV melalui kamera
(kan dah digital sekarang?)

Well, kita ambil gambar begitu banyak...gambar digital..
simpan dalam CDR atau thumb drive atau komputer.
Bila nak lihat semula perlu buka komputer atau TV.
Oh, sekarang no problem.
Kita ada Picture Book Pocket Digital Photo Album (saya ambil dari En Google, TQVM ye ), tapi mesti tau cara nak buat pula digital album tu.
Kawan-kawan tau,
Saya rindu dengan penggunan buku album.
Kita boleh buka, lihat, rasa, bau gambar-gambarnya.....bila-bila masa...
Jadi, nak 'cuci' tak gambar-gambar digital?
Kalau rajin ke kedai....
Untuk difikirkan...apakata kalau komputer kita rosak..gambar semua dalam CPU...habis lah
Apa kata ..kalau masa akan datang,
program My Pictures ke Picassa ke dah tak sesuai lagi..
Apa kata (berapa banyak' apa kata' dah)
CDR dan thumbdrive hilang..
Macam-macam kemungkinan..
Macam mana anak cucu kita nak lihat gambar kita
seperti kita tengok gambar orang lama
dengan adanya buku album :=)

12 comments:

  1. kak nora..banyaknya album..sekarang ni tak simpan album kan kak nora..gambar2 yang banyak pun..saya masukkan kat komputer..lepas tu saya burn cd..simpan dalam cd,..nak tengok susah sikitkan..tapi rasa lebih selamat dari simpan dalam komputer..

    ReplyDelete
  2. sekarang ambil gambar, jarang pergi cuci kat kedai.
    Seronok tengok gambar dalam album dulu-dulu. Tapi banyak gambar dah pudar sebab ditelan waktu. Sayang...

    ReplyDelete
  3. Tempat saya bekerja sekarang ni, membuat Photo Book merupakan salah satu projek penting kami.

    Ramai orang mula minat nak buat Photo Book. Kerana ada banyak pilihan design, boleh tulis data, boleh pilih cover, soft or hard cover.. dan macam2 lagi..

    Memang sudah menjadi salah satu trend pula sekarang, orang simpan kenangan dalam Photo Book...

    ReplyDelete
  4. Erna,
    Memang selamat simpan gambar dalam CD. Jimat tempat. Tapi gambar tu tak boleh pegang dan rasa kecuali print.

    ReplyDelete
  5. Hajah pah,
    mana-mana gambar lama yang berharga boleh di 'facelift' dengan tekno photograpy sekarang.

    ReplyDelete
  6. Azie,
    saya dah lama tak pergi ke kedai gambar, tak tau ada service buat photo book. Wah azie pun pandai buat photo book ye?

    ReplyDelete
  7. Kak NORA, saya tidak ler pandai sangat buat. Biasanya Photo Book ni jarang ada di kedai gambar, tapi company iklan dan publishing memang handal buat Photo Book ni.

    Saya terlibat juga tapi lum pernah pun buat Photo Book untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  8. Azie,
    Nanti boleh cuba slow-slow!!

    ReplyDelete
  9. Kak hajah nora,
    ALhamdulillah.. kita merasa melalui era gambar hitam putih, warna dan sekarang dalam bentuk digital.. Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  10. Salam hajah rahmah,
    Kamera aka yang pertama, Brownie, kamera terakhir sebelum digital, Nikon yang terus bersara..terjatuh... habis riwayat.

    ReplyDelete
  11. salam hajah nora,

    teknologi merentas masa...makin canggih & jimat ruang. saya suka cara sekarang.

    ReplyDelete
  12. salam hajah,
    Yang lama jangan dilupa.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.