???


Salam dan selamat pagi.
Mengapa title posting ini '????'.
Tak terjawab saya.
Pagi ini saya buatlah cucur kodok (cokodok) simple untuk breakfast: bahan-bahan hirisan bawang, cili merah, daun bawang, tumbukan ikan bilis ditambah pada adunan tepung + telur (of course air + garam) Cadangnya nak makan dengan sambal sardin lebihan semalam.
Siap.......breakfast ready..
Dia.....siapa lagi....keluarkan sambal belacan (juga lebihan semalam) tambah kicap lemak manis....itu yang menjadi bahan cicah dengan cokodok simple.
Ah? Dengan sambal belacan?
Nampak laju dan sedap dia makan. Saya tak nak cuba....
Selera masing-masing, kan.
Bila pula dia nak makan cincalok Melaka? Dah lama menunggu tu....

'Tengok ni' sambil dia tunjuk keychain yang ada nama dia. 'Tengok apa maksud nama saya!'

"bererti Anak Sungai..(part ni saya gelak)
Bersifat tenang dan cintakan kedamaian.
Pemikirannya unik dan tajam.
Tinggi daya imaginasinya.
Mampu mengutarakan idea-idea baru yang menarik dan bernas"

(Saya: Eh, betullah, tepat sekali!!!)

8 comments:

  1. kak hajah nora,
    kalau dah berselera.. apapun sedap...
    itulah nikmat yg Allah berikan.. selera... Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. siapa 'dia',
    saya boleh agak,
    tapi mungkin tidak tepat!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, lunch nanti, mee sup aje.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak NORA.. agak kurang faham saya dgn entri ini..

    tapi yg pasti, saya faham tang Sambal Belacan tu. Memang sedappp!

    ReplyDelete
  5. Azie,
    Akak cuba ceritakan bagaimana kita perlu fikir di luar kotak, diluar kebiasan, imaginatif.Biasanya kita makan cokodok dengan sos tapi suami akak makan dengan sambal belacan + kicap. Dan ini tepat dengan maksud nama dia, antaranya,seorang yang imaginatif. Okey Azie?

    ReplyDelete
  6. Salam Hjh Nora
    Di kalangan warga Batu Pahat, yg saya tahu, ada yg gemar menikmati cucur bawang-udang dgn ikan kering goreng. Mereka suka makanan yg masin-masin (juga yg manis-manis). Bagi mereka, saya agak, belacan + kicap mungkin boleh jadi pengganti ikan kering & serasi dgn gorengan cucur. Gabungkan sardin (atau ikan kering, atau bahan cicahan Dear) dlm adunan cucur, boleh tak agaknya? Ceria selalu!

    ReplyDelete
  7. Salam Temuk,
    Sardin+ adunan cucur= ?, boleh tapi ambil ikan nye saje, boleh juga guna sardin flakes. Cubalah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.